Wednesday, March 16, 2016

Jodoh atau Ajal?

Assalamualaikum.

MAC.
sebulan lagi sebelum aku berumur 22 tahun.
cepat sangat rasanya masa berlalu.
rasanya mcm baru sebulan lepas aku sambut bday yang ke 21. T_T

kalau ada yang dah baca blog aku since years ago mesti tahu yang aku ni gila sangat nak kahwin awal kan? hahah

kelakar.
time dolu dolu nak sangat kahwin before umur 20 sbb...
aku nak anak aku jarak umur dengan aku cuma 20 tahun.
aku nak sangat jadi ibu muda.
aku nak anak ramai sebab orang cakap kalau kahwin muda, probability anak ramai sangat tinggi.
aku nak keluarga besar.

tapi, perancangan Allah buat aku sangat jauh beza dengan perancangan aku.
dan perancangan DIA adalah yang terbaik kan?
sekarang ni, rasa nak kahwin tu tak segila dulu.
aku sendiri tak tahu kenapa.
mungkin sebab aku belum bersedia and HE knows HIS creation well, rite?
mungkin jugak sebab tahap kepercayaan aku dekat lelaki dah berkurang

tengok kawan2 yang sebaya aku ada yang dah kahwin dan beranak pinak,
buat aku terfikir "apa bezanya aku dengan dorang sampaikan dorang senang je lalui semua tu?"
but then aku reflect balik,
seeing those yang lagi muda dan sebaya aku meninggal because of sakit and accident or other reasons,
aku bersyukur masih diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk bertaubat.
Allahuakbar.

sekarang ni, aku memang berserah je.
kalau ada jodoh, Alhamdulillah.
tapi kalau ajal yang sampai dulu, aku mohon aku pergi dalam husnul khotimah.
Aamiin

AL-FATIHAH untuk yang telah pergi dan juga untuk kita yang masih hidup.
semoga ALLAH rahmati kehidupan kita dunia dan akhirat.




Sincerely,
Naziera Murnie binti Suhaimi, yang telah menyaksikan permulaan dan pengakhiran sebuah kehidupan.




No comments: