Sunday, November 24, 2013

Murnie Nurse??!

Assalamualaikum.

hai, awak apa khabar?
dah lama rasanya tak bersua kan?
hahah. okey geli

Alhamdullillah. dah masuk bulan 11 ni kiranya 2 bulan setengah aku jadi student u atau lagi tepat lagi student nursing.
aku tak pernah terfikir pun sebesar hama dari kecik yang aku akan ambil nursing.
sebab aku rasa cita-cita aku dari dulu memang nak jadi pengajar.
aku suka bab-bab nak mengajar orang ni
tapi itu lah.. takdir Allah bawa aku ke UPM ni

bila aku bagitahu kawan-kawan aku yang aku sambung nursing, rata-ratanya persoalkan
'kenapakah murnie? kenapaaaaa?'
seriously aku cakap, bila orang persoalkan aku hal ni, aku jadi bertambah tambah tambah tambah tambah tambah keliru
'betul ke apa yang aku buat ni?'
'ni ke apa yang aku nak sebenarnya?'
'tak menyesal ke ambil keputusan ni?'
aku selalu persoalkan benda-benda ni sampai kadang-kadang tu aku rasa aku nak hilangkan diri aku daripada semua ni dan muncul semula jadi orang yang baru.
tapi mcm mustahil je kan?

mula-mula masuk and start kelas nursing memang aku menangis bak hang
aku rasa sangat sangat down sebenarnya time tu
tak macam kat matriks dulu, aku menangis sebab fikir nak balik, rindu mak abah bagai
tapi kali ni aku menangis sebab membayangkan yang aku akan tempuh 4 tahun yang akan datang dengan satu perasaan yang tak pasti.
berat hati. itu yang aku rasa

tapi Alhamdulillah, buat masa ni, aku rasa okey lah study nursing ni
buat praktikal kat lab semua
belajar banyak benda pasal badan-badan kita ni
tapi belum praktikal kat orang lagi lah
nervous nyah nak jumpa patients bulan 1 ni!!!
tapi harap-harapnya dipermudahkan lah segala urusan kiteorang semua nanti. Amin


ini UGUTAN ye kawan-kawan. hahaha


TAPI...
harapannya

murnie in future. macam comel je. macam cantik je. hahah


InsyaALLAH :)