Sunday, January 20, 2013

Kawan Baik

Assalamualaikum..

aku teringin nak tahu mcm mana orang kelaskan kawan baik ni?
kadang-kadang aku terfikir, aku ni ada kawan baik ke?
sebab hidup aku sunyi sangat

kawan-kawan sekolah aku dulu cuma akan contact aku bila dorang nak num fon kawan-kawan lain je
tak pun mintak kredit
semua nak harap aku yang contact dorang dulu
kesian kan aku ni

kadang-kadang aku terfikir, aku ni kawan yang membosankan ke?
aku ada ke aku tak ada ke.
still sama je..
tak beri perbezaan kat hidup orang lain

aku teringin nak pergi jauh dari sini
and nak tahu berapa ramai je yang sedar ketiadaan aku nanti
kalau tak ada siapa yang kesah atau peduli.
memang malang lah hidup aku sebenarnya.

hope i can find u someday, dear bestie <3 i="i">

maaf kalau ada yg terasa dengan entry kali ini
semenjak dua menjak ni,aku mengalami kekacauan perasaan



Sunday, January 6, 2013

It's a New Year!

Assalamualaikum.



dah seminggu new year baru nak update blog pasal new year ke murnie?
dah tu,siap ada tanda seru bagai.
macam excited sangat je.
tapi eh,sekati aku lah kannn. belog akuuuu.haha :P

tahun 2013.
Alhamdulillah. selamat juga kita sampai ke tahun baru ini kan?
Allah masih memberi kesempatan kepada kita menghirup oksigen di muka bumi ni
Allah masih memanjangkan umur kita untuk berbakti kepada mak abah kita
tahun yang aku rasa akan melahirkan murnie yang lebih baik, lebih matang, lebih berfikiran terbuka, lebih mudah menerima teguran berbanding sebelum ni. InsyaAllah

aku tinggalkan 2012 dengan satu perasaan aneh
perasaan kecewa, pelik dan seribu satu perasaan lagi
tahun baru kali ni disambut dengan perasaan sayu
tak tahu kenapa.
mungkin sebab first time new year bukan kat rumah
tak pun sebab fikir esoknya ada kelas
aku pun tak sure
takpun sebab konflik dalaman yang aku rasa sekarang
entahlah...

cuma berharap tahun yang baru ini akan melahirkan murnie yang baru.
yang lebih baik daripada murnie yang sebelum-sebelum ni.
itu je yang aku mintak
tak nak berazam-azam lagi dah.
azam tahun lepas pun tak jadi kenyataan lagi

cuma hanya berserah pada Allah :)




semoga berbahagia di tahun baru ini :)
InsyaAllah..

ps: nak tahu tak apa azam aku tahun lepas?
 tahun lepas aku berazam nak kawen.hahah
 tapi sampai kesudahnya takde orang masuk meminang.
 target terbaru,umur 20.
 hahahah,gatal tak aku ni :P