Sunday, November 24, 2013

Murnie Nurse??!

Assalamualaikum.

hai, awak apa khabar?
dah lama rasanya tak bersua kan?
hahah. okey geli

Alhamdullillah. dah masuk bulan 11 ni kiranya 2 bulan setengah aku jadi student u atau lagi tepat lagi student nursing.
aku tak pernah terfikir pun sebesar hama dari kecik yang aku akan ambil nursing.
sebab aku rasa cita-cita aku dari dulu memang nak jadi pengajar.
aku suka bab-bab nak mengajar orang ni
tapi itu lah.. takdir Allah bawa aku ke UPM ni

bila aku bagitahu kawan-kawan aku yang aku sambung nursing, rata-ratanya persoalkan
'kenapakah murnie? kenapaaaaa?'
seriously aku cakap, bila orang persoalkan aku hal ni, aku jadi bertambah tambah tambah tambah tambah tambah keliru
'betul ke apa yang aku buat ni?'
'ni ke apa yang aku nak sebenarnya?'
'tak menyesal ke ambil keputusan ni?'
aku selalu persoalkan benda-benda ni sampai kadang-kadang tu aku rasa aku nak hilangkan diri aku daripada semua ni dan muncul semula jadi orang yang baru.
tapi mcm mustahil je kan?

mula-mula masuk and start kelas nursing memang aku menangis bak hang
aku rasa sangat sangat down sebenarnya time tu
tak macam kat matriks dulu, aku menangis sebab fikir nak balik, rindu mak abah bagai
tapi kali ni aku menangis sebab membayangkan yang aku akan tempuh 4 tahun yang akan datang dengan satu perasaan yang tak pasti.
berat hati. itu yang aku rasa

tapi Alhamdulillah, buat masa ni, aku rasa okey lah study nursing ni
buat praktikal kat lab semua
belajar banyak benda pasal badan-badan kita ni
tapi belum praktikal kat orang lagi lah
nervous nyah nak jumpa patients bulan 1 ni!!!
tapi harap-harapnya dipermudahkan lah segala urusan kiteorang semua nanti. Amin


ini UGUTAN ye kawan-kawan. hahaha


TAPI...
harapannya

murnie in future. macam comel je. macam cantik je. hahah


InsyaALLAH :)






Sunday, April 14, 2013

antara dua.

Assalamualaikum..

last 2 days, kawan aku cerita problem dia.
bila dia cerita tu, aku tiba2 teringat apa yang jadi kat aku 5 tahun lepas.

~5 tahun lepas....
aku tersuka dgn one of senior kiteorang
dia cute.. kecik2 je
and for sure, kalau aku suka someone memang aku bgtahu kengkawan baik aku lah en
takkan nak rahsia pulak.
kang ada yang kecik hati.
nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu.. salah seorang kawan aku couple dgn dia.
nak tahu tak apa perasaan aku time tu?
its just hurt. very hurt to accept the truth yg kawan kau sanggup buat kau macam tu.
bknnya dia tak tahu yg aku ada hati kat abang tu

time tu memang aku sedih sangat-sangat.
aku memang bengang dgn dia.
memang putus kawan lah aku time tu.
tp alhamdulillah aku masih ada kawan2 yg still bersama sama dgn aku
yg sokong aku.

bila aku terserempak dorang berdating kat sekolah, memang aku akan mengelak.
aku ingat lagi, port aku nak menyorok adalah library.
tempat tu aku rasa paling selamat utk mengelakkan hati aku bernanah tgk dorang berdating
yelahhh en,, takkan nak berdating kat library.
mana kelassss
kalau kat kantin, jgnlah pergi after waktu kelas habis.
dah sah-sah tu port dorang berdating hari-hari.

secara rasminya dua-dua jadi musuh aku time tu.
memang nampak bodoh
and memang aku rasa bodoh buat macam tu.
tp fikir logik lah.
time tu i'm only forteen okeh?
mana blh fikir secara waras dan rasional lagi. hehe alasannnn

aku terfikir, kenapa abg tu suka kawan aku?
dorang memang sangat tak sesuai okeh.
sorang baik-baik je perangai
yg sorang lagi memang sosial habes lah
jadi, aku dapat feel yg dorang takkan couple lama

and then tak lama lepas tu, beberapa bulan je kut
aku dengar yang dorang dah clash drpd sumber-sumber yg sahih

wow! time tu memang aku terkejut
tak sangka apa yg aku rasa tu betul
tp time tu aku dah tak berapa nak syok kat abg tu dah.
ye lah bak kata omputih. life must go on. heeee~

aku suka orang lain lagi bagus
buat apa nak suka kat orang yg langsung tak peduli pasal kita kan?

aku dah terkena dua kali benda ni.
memang sakit sangat rasanya..
tapi tulah.. nak buat macam mana
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

sekarang bila fikir benda tu balik
memang sakit tu masih ada
tp kalau abg tu dah suka kawan aku, aku nak buat macam mana
itu hak dorang
perasaan orang kita tak boleh nak kawal
kalau boleh, dah lama aku suruh si eunhyuk suju suka kat aku.
hahah over pulak

~sekarang...
berbalik kepada cerita kawan aku td.
aku terdiam bila dgr cerita dia.
sedih dengar suara dia sampaikan cerita tu.
ye kawan, aku tahu kau sakit.
tp jgn risau, times will heal everything.
insyaAllah :)

just keep praying and move on okay?
someone much better will come to u sayang <3 p="">
sekarang, aku tak tahu macam mana nak kawal reaksi bila jumpa dgn kawan aku lagi sorang
we are all classmates okehhh. hari2 jumpa kut.
tak sangka betul. haihhh
macam mana nak react dpn dia esk ni? hmmm..




Friday, April 5, 2013

bila murnie tak reti-reti nak buat kerja

Assalamualaikum..

agak lama jugak aku tidak berbelog ye..
adalah dalam sebulan agaknya.
sgt sibuk dgn tutor, assignment nampaknya murnie?
tapi tak pernah siap2 pun kerja tu semua.. haihhh
okey,, tak baik mengeluh sebenarnya

Alhamdullilah.. another three weeks and i'll be free from this place called KMJ ni.
insyaAllah..
tak sabar
excited sangat-sangat!

tapi bila fikir nak hadapi final exam, jadi down sikit
byk lagi tak revise oiiii!
lecturers pulak semua dah start push kiteorang suruh study
titew jd stresssssss taww
sabar lah wahai cikgu2 sekalian
tahulah anak-anak murid mu ini tanggungjawab mereka
hehehe~~

sebenarnya tak tahu pun nak story apa time ni..
tgh blank actually otak ni skrg
rasa macam nak tidoq terus je lepas ni.
tapi...

kerja memang byk tp biasalah murnie kan.
mana pernah siapkan kerja awal-awal ;)
time-time last minute tu lah yang dia suka
kalau tak sempat, tiru kawan..

banggalah murnie?
ada perangai macam tu..?
*again...sigh*

ahhhhh.. tido lah kalau macam ni.
bosan semacam je hari ni.
apakahhhh?


Friday, February 22, 2013

cita-cita

Assalamualaikum.

dah dua tahun.
isi upu
masih sama
kabur
tak tahu nak buat pilihan

aku jeles dengan orang yang dah tahu, yakin dan pasti nak ambil course apa
nak jadi apa after dah habis belajar
tapi aku?
sungguh sungguh takde keyakinan

ada je yang tak kena
tak tahu apa sebenarnya yang aku nak
lagi dua bulan je lagi boleh fikir nak pilih apa
dah buat solat istikharah tp masih belum dapat petunjuk
perlu diteruskan lagi rasanya

tak tahu
moga Allah beri petunjuk dan keyakinan pada aku dalam membuat pilihan.
moga Allah tetapkan hati aku selepas itu.
moga apa yg aku pilih terbaik buat aku, keluarga dan agama.
insyaAllah
doakan aku..

Sunday, January 20, 2013

Kawan Baik

Assalamualaikum..

aku teringin nak tahu mcm mana orang kelaskan kawan baik ni?
kadang-kadang aku terfikir, aku ni ada kawan baik ke?
sebab hidup aku sunyi sangat

kawan-kawan sekolah aku dulu cuma akan contact aku bila dorang nak num fon kawan-kawan lain je
tak pun mintak kredit
semua nak harap aku yang contact dorang dulu
kesian kan aku ni

kadang-kadang aku terfikir, aku ni kawan yang membosankan ke?
aku ada ke aku tak ada ke.
still sama je..
tak beri perbezaan kat hidup orang lain

aku teringin nak pergi jauh dari sini
and nak tahu berapa ramai je yang sedar ketiadaan aku nanti
kalau tak ada siapa yang kesah atau peduli.
memang malang lah hidup aku sebenarnya.

hope i can find u someday, dear bestie <3 i="i">

maaf kalau ada yg terasa dengan entry kali ini
semenjak dua menjak ni,aku mengalami kekacauan perasaan



Sunday, January 6, 2013

It's a New Year!

Assalamualaikum.



dah seminggu new year baru nak update blog pasal new year ke murnie?
dah tu,siap ada tanda seru bagai.
macam excited sangat je.
tapi eh,sekati aku lah kannn. belog akuuuu.haha :P

tahun 2013.
Alhamdulillah. selamat juga kita sampai ke tahun baru ini kan?
Allah masih memberi kesempatan kepada kita menghirup oksigen di muka bumi ni
Allah masih memanjangkan umur kita untuk berbakti kepada mak abah kita
tahun yang aku rasa akan melahirkan murnie yang lebih baik, lebih matang, lebih berfikiran terbuka, lebih mudah menerima teguran berbanding sebelum ni. InsyaAllah

aku tinggalkan 2012 dengan satu perasaan aneh
perasaan kecewa, pelik dan seribu satu perasaan lagi
tahun baru kali ni disambut dengan perasaan sayu
tak tahu kenapa.
mungkin sebab first time new year bukan kat rumah
tak pun sebab fikir esoknya ada kelas
aku pun tak sure
takpun sebab konflik dalaman yang aku rasa sekarang
entahlah...

cuma berharap tahun yang baru ini akan melahirkan murnie yang baru.
yang lebih baik daripada murnie yang sebelum-sebelum ni.
itu je yang aku mintak
tak nak berazam-azam lagi dah.
azam tahun lepas pun tak jadi kenyataan lagi

cuma hanya berserah pada Allah :)




semoga berbahagia di tahun baru ini :)
InsyaAllah..

ps: nak tahu tak apa azam aku tahun lepas?
 tahun lepas aku berazam nak kawen.hahah
 tapi sampai kesudahnya takde orang masuk meminang.
 target terbaru,umur 20.
 hahahah,gatal tak aku ni :P