Saturday, December 29, 2012

Pemergian Yang Tak Disangka

Assalamualaikum.

Jumaat lepas (211212), time baru sampai rumah dari KMJ
tengah berborak dengan adik and abang aku kat ruang tamu
tiba-tiba aku dapat mesej daripada cousin aku
'murnie,kau kat matriks ke? blh bg num mak or ayah kau tak? nak bgtahu wak misnan baru meninggal tadi. heart attack.'

YA ALLAH! aku mcm tak percaya je isi mesej tu
aku terfikir sekejap
aku jadi blurr
wak misnan? wak nan ke?
aku tanya adik aku.
aku tanya abang aku.

then, adik aku cakap 'kau call je lah tanya'
aku pun pergi lah mencari mak aku di dapur
time tu dia baru nak masak
aku : mak,fatin msj. dia ckp wak misnan dah meninggal. wak nan ke wak misnan tu?
mak aku sangat terkejut tahu tak
sampai terhenti semua kerja dia
dan yang aku tak sangka sangat bila dia menangis

oleh sebab nakkan kepastian, terus aku call fatin
mak yang cakap, aku pun time tu memang dah speechless gila
mak tanya cik wati betul ke wak nan dah takde
cik wati cakap kak ana yg bgtahu (kak ana kerja kat HKL)
dia meninggal kat hospital

jadi, betullah.
Wak Misnan dah pergi meninggalkan kami semua
meninggalkan semua hal duniawi
meninggalkan segala derita dan sengsara di dunia
untuk bersama sang Pencipta di alam sana

kesian tengok nenek time pagi sabtu tu kat tanah perkuburan
sedih sangat tengok dia
yelahh..anak2 pergi dulu daripada dia
dulu arwah bibik ita, sekarang wak nan
hati ibu mana yang tak sedih kan?

macam tak sangka, dah seminggu arwah pergi meninggalkan kami semua.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman
Amin

pemergiannya ditangisi
dirinya akan selalu diingati
keramahannya akan dirindui
insyaAllah doa akan dititipkan selalu buatnya di sana..





Sunday, December 16, 2012

Alhamdulillah Ya Allah!

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Selasa lepas (11 Dis 2012) dapat results PSPM. Alhamdulillah,pointer lepas target aku. dan dapat teruskan pembelajaran di matriks untuk sem yang kedua. sebelum ambil result tu dah fikir macam2 dah. takut tak lulus. mana nak letak muka? mana nak bayar balik duit elaun? macam mana nak hadap muka kecewa mak abah lagi.. tapi nasib baik semua tu tak berlaku. bersyukur sangat-sangat :)

Aku call mak malam-malam. memang ikutkan nak bgtahu awal2 lepas dapat slip tapi bila fikir2 balik, time petang mak selalunya sebuk kat dapur masak untuk makan malam. nak mesej je bgtahu tak syok pulak. terus simpan je sampai malam. time aku bgtahu result dah keluar, mak terus tanya dapat 4 flat ke? mula-mula mcm sedih jugak lah kan sbb tak dapatkan 4 flat untuk mak abah tp dah belajar pun main-main. mananya nak dapat 4 flat tu? pastu aku bgtahu lah mak aku dapat 3.**. and mak cakap Alhamdulillah. dapat dengar lah suara mak macam bangga je.. (eh,ke tu perasaan aku je? :P) sebab mak tahu study kat matriks memang susah. jiran-jiran banyak cerita pasal anak-anak dia orang kan.. dari situ lah mak tahu sikit-sikit pasal matriks.

Then, aku pun cakap lah. 'kalau kat u, munie dah boleh dapat anugerah dekan mcm kakak.' mak cakap 'hah,kat sana takde ke?'. 'mana ada mak. mak edit je lah gambar kakak ambil anugerah dekan tu. tampal gambar munie. hahah' macam sedih pun ada jugak sbb aku memang teringin gila nak dapat anugerah dekan macam kakak. tp kena tunggu u lah jugak gamaknya. harap-harap kat sana nanti pointer pun tinggi-tinggi lah jugak. amin XD

Aku ingat nak call abah sekali. ye lah,nak berkongsi kegembiraan kan. tapi fikir-fikir balik. takpelah. abah mesti tengah sebuk sekarang. lagipun abah bukannya faham apa yang aku nak bgtahu nanti. alih-alih aku tak bgtahu langsung pun kat abah. memang rasa serba-salah. tapi itu memang keputusan yang terbaik pun.hihihi kalau korang kenal abah aku,mesti korang faham apa yang aku cuba sampaikan ;) tapi mintak-mintak lah mak ada bgtahu abah. kesian jugak kalau abah tak tahu apa-apa..

dapat pointer pspm yg lebih tinggi daripada ups hari tu mengajar aku erti sebenar 'GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA' dan jugak 'USAHA TANGGA KEJAYAAN' iye..memang betul aku tak gagal time ups hari tu. tapi bagi aku pointer ups hari tu tak berapa baik. sebab tu before pspm hari tu aku and roomates sekalian bertungkus lumus belajar. sebab masing-masing tahu diri sendiri pegang amanah keluarga untuk buat yang terbaik dan dapatkan keputusan yang membanggakan. (hehe. ayat cukup poyo ke tak? )

Jadi,untuk adik aku yg seorang dan adik-adik junior yang berorang-orang tu. korang kena ingat. yang penting dalam hidup ni D.U.I.T. Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal. Cikgu akak cakap kat akak time darjah lima tau benda ni. baik tak baik lah akak korang sorang ni sebab ingat pesan cikgu dia. hahah XD
selain itu,KEBERKATAN ibubapa membawa KEBERKATAN Allah. Jangan nak derhaka pulak kat mak ayah korang kalau nak rasa apa manisnya kejayaan tu. tau. tau. (:

okeyy, untuk dua periksa terakhir lepas ni kena buat betul-betul. nak dapat 4 flat kena usaha lebih sikit!
Chaiyok munie! Fighting! :D

untuk UPS II dan PSPM II :)


MakAbah sayang :)


untuk semua yang bergelar hamba Allah :)


*part 2 tu nanti-nanti lah aku sambung. not in the mood ;)

Assalamualaikum semua. :)




Sunday, December 2, 2012

Kenapa Aku Tak COUPLE? part 1

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.dah seminggu sem 2 bermula. Semakin membiasakan diri dgn keadaan di sini. :)
sekarang dah end of year 2012. InsyaAllah lagi 5 bulan kiteorang akan tamatkan study kat matriks ni then InsyAllah kalau ada rezeki boleh sambung degree! Mintak2 results PSPM nanti okey. Amin :D

okeyyy.berbalik kepada tajuk di atas
kenapa aku tak couple?
Alhamdullilah dah 18 tahun aku hidup
tp dalam 18 tahun tu memang aku tak pernah couple
kawan2 aku ramai yg tak percaya
sebab dorang ckp aku ada ramai peminat tp aku je yg memilih sangat (ni bkn pasal nak menunjuk ke apa tp menda ni ada kaitan dgn apa yg aku akan ceritakan kat bawah)

First crush yg aku ada time tadika. gila tak gila aku ada crush time baru nak belajar kenal huruf?? haha
tp budak ni memang CUTE gila nak mati. pasal dia lah bermulanya jenis lelaki idaman aku mesti kena jambu je semua.padahal diri sendiri pun tak cute mana XD

then,kat tadika ni ada lagi satu cerita yg membuatkan aku tak percaya kat lelaki. Pasal sorang budak ni je (ni budak lelaki lain) kepercayaan aku kat lelaki hilang. Aku jd benci kat lelaki. Aku jd takut nak rapat kat lelaki. Aku memang sakit hati bila tgk dia. AKU TRAUMA. Tp sampai habis sekolah aku masih kena hadap dia. Memang  sakit hati,takut,menyampah bila pandang muka dia. Mungkin dia lupa apa yg dia pernah buat kat aku, tp aku sampai mati pun takkan pernah lupakan apa dia dah buat kat aku.

masa darjah tiga pulak, aku suka kat kawan aku yg sama kelas dgn aku sejak tadika. ni memang suci punya perasaan lah! hahah. time tgh innocent lagi kan. couple pun tak pernah tahu apa maksudnya. bagi aku time tu dia lah hero aku, sebab dia pernah selamatkan aku daripada kena pukul dgn cikgu. benda kecik tp bg aku sgt bermakna :)
And aku pun tahu time tu dia suka aku sbb aku tahu dari kawan2 dia yg jugak kawan2 aku (almaklumlah..kelas sama kan.) :D

lepas tu,masuk darjah 4 kiteorang terpisah sbb time tu sekolah tukar sistem susunan budak. dalam setiap kelas ada semua level. drpd yg pandai kepada yg kurang pandai. konon2nya sistem ni dpt membantu students yg kurang pandai bergaul dgn students yg pandai gitu. tp sistem ni berjalan setahun je sbb cikgu2 susah nak teruskan sesi pembelajaran sbb bila satu2 tajuk dah habis, dorang tak boleh go on sbb budak2 tu tak faham (oh okeyy,kenapa aku cerita pasal benda ni pulak? -,-')

dalam masa setahun tu aku memang rasa akward gila bila bertembung dgn dia time ronda2 sekolah (saya pengawas dari darjah tiga!heheh)
aku ni pulak jenis bila dah suka seseorang, semua jd kaku bila berdepan dgn org tu
memang rasa lain sangat sebab sebelum ni kiteorang memang boleh cerita macam-macam, bergelak ketawa hooha-hooha tanpa segan silu
bayangkan lah apa rasanya bila korang dalam situasi aku
memang sekarang aku rasa menyesal sangat buat macam tu dulu
sampai kesudahnya aku langsung tak bercakap dgn dia dlm erti kata bercakap yg sebenar-benarnya
MENYESAL SANGAT-SANGAT :(

darjah lima pulak datang lagi seorang hero malaya.
yang ni pun aku tak tahu lah kenapa dia sangkut kat aku
semuanya bermula dari dalam library.
time ni aku memang buat lawak paling bodoh yg memalukan dpn dia (macam over lah pula bunyinya)
aku ingat lagi. time tu aku dgn kawan aku. dlm library.
duduk dpn dia. dgn kawan dia. pegang satu buku. cover dia gambar orang utan.
kiteorang tgh cerita pasal something. tiba2 aku rasa aku nak kenakan kawan dia.
aku ckp kat kawan dia. 'ni saudara kau eh?' ~sambil tunjuk kat cover buku tu
tp time tu kawan dia tak perasan terus dia angguk. then kiteorang bantai gelak lah kan
gila yang gila punya gelak. tp time tu aku perasan dia pandang aku semacam. aku buat tak kesah je sbb yelah kan apa masalahnya dia nak pandang aku

oleh sbb bengang punya pasal, kawan dia pun bongkarkan kat aku yg si dia suka kat aku. kawan aku pun iya kan aje. kawan aku pun dah lama tahu sebenarnya!
time tu aku dah rasa nak pengsan! Tolonglah Ya Allah. jgn tambah lagi sorang. benda jadi makin complicated sbb aku masih suka kan yang lama tu. sbb kami bertiga satu kelas. sbb kami bertiga pengawas. sbb aku memang bengong bab-bab hati ni. sbb aku memang jenis setia, bila aku suka seseorang tu aku memang takkan pandang lelaki lain. sbb aku taknak sakitkan hati dua-dua lelaki tu. terus aku berubah jd orang lain. aku jd pendiam. aku jd kera sumbang. aku tak nak geng dgn lelaki dah. sbb apa? sbb aku taknak ada lelaki lain yg sangkut kat aku. aku jd lebih berhati-hati kalau buat sesuatu dalam kelas.TERLALU BERHATI-HATI. sbb apa? sbb aku tahu, ada 2 pasang mata yg memerhatikan aku. aku jadi orang yg terlalu mengcoverkan diri. cover cun. cover comel. cover ayu.
aku mengubah diri aku jadi seorang yang penyegan. pemalu. sbb apa? sbb aku taknak dorang nampak kelemahan aku. kekurangan aku. sungguh aku hidup dalam kepura-puraan (hahaha..dah keluar dah ayat novel)

masuk darjah 6, aku dapat tahu lelaki pertama akan pindah. memang sedih. memang frust. pelik. sbb kiteorang takde apa kaitan. takde apa hubungan selain kawan. tp aku ingat lagi,aku menangis gila2 time tu. sedih yang teramat. sbb aku tahu kiteorang mungkin takkan dapat jumpa lagi. mungkin sampai bila2 takkan pernah dapat berjumpa lagi. aku jadi bertambah pendiam. dgn semua dah tahu pasal kiteorang bertiga. dgn aku nak jaga hati dua orang lelaki lagi. aku jd konfius. pelik kan? sekarang ni bila fikir-fikir balik aku rasa bengap sangat. kenapa nak kena amek serius benda tu waktu darjah enam? sedangkan UPSR pun time tu tak lepas lagi. tapi ye lah kan, time tu ikut nafsu nak menginjak ke alam remaja lah kut. hahah

aku still ingat kawan aku sorang pernah cakap kat aku. aku tanya dia apa yang aku patut buat nak settlekan masalah ni. aku tanya dia sbb dia lelaki. aku nak tahu apa pandangan lelaki pasal hal ni. dan dia cakap 'lelaki ni suka kat perempuan yg dia susah nak dapat, yang suka jual mahal'. dan aku ingat lagi time tu aku cakap kat dia 'kalau macam tu, aku taknak jual mahal dah lah. aku amek je salah seorang tu' tapi tahu tak apa aku buat? takda apa-apa. nothing. aku biarkan hubungan kami bertiga jadi akward sampai kiteorang habis sekolah rendah. sbb aku taknak ada satu drpd tiga hati yg sakit. aku terlalu nak menjaga hati semua orang. itulah aku. aku sendiri yang rosakkan hubungan aku dengan dorang berdua.

akan bersambung...

*ni baru masuk cerita sekolah rendah, lain kali aku sambung part sekolah menengah pulak. then sbb apa sebenarnya aku tak couple. heheh dah mengantuk dah. dah pukul tiga dah pun sekarang. su dgn syida dah tido. tinggal ishu dgn syu tgh layan running man dgn aku yg tgh hapdet blog ni :P

*jgn cakap aku tiru ama. aku tak tiru ama. aku memang dah lama nak luahkan benda ni sbb aku dah tak larat nak simpan. aku nak orang tahu kenapa aku buat semua ni. cuma secara kebetulan ama pun ada buat luahan perasaan dia. so sorry ama :)

akhir kata ;
so true :)

and i know how it felt when you dont tell the truth about your feelings :(
you better tell them before it is too late to do so..

selamat malam eh selamat pagi. Assalamualaikum :)