Saturday, December 29, 2012

Pemergian Yang Tak Disangka

Assalamualaikum.

Jumaat lepas (211212), time baru sampai rumah dari KMJ
tengah berborak dengan adik and abang aku kat ruang tamu
tiba-tiba aku dapat mesej daripada cousin aku
'murnie,kau kat matriks ke? blh bg num mak or ayah kau tak? nak bgtahu wak misnan baru meninggal tadi. heart attack.'

YA ALLAH! aku mcm tak percaya je isi mesej tu
aku terfikir sekejap
aku jadi blurr
wak misnan? wak nan ke?
aku tanya adik aku.
aku tanya abang aku.

then, adik aku cakap 'kau call je lah tanya'
aku pun pergi lah mencari mak aku di dapur
time tu dia baru nak masak
aku : mak,fatin msj. dia ckp wak misnan dah meninggal. wak nan ke wak misnan tu?
mak aku sangat terkejut tahu tak
sampai terhenti semua kerja dia
dan yang aku tak sangka sangat bila dia menangis

oleh sebab nakkan kepastian, terus aku call fatin
mak yang cakap, aku pun time tu memang dah speechless gila
mak tanya cik wati betul ke wak nan dah takde
cik wati cakap kak ana yg bgtahu (kak ana kerja kat HKL)
dia meninggal kat hospital

jadi, betullah.
Wak Misnan dah pergi meninggalkan kami semua
meninggalkan semua hal duniawi
meninggalkan segala derita dan sengsara di dunia
untuk bersama sang Pencipta di alam sana

kesian tengok nenek time pagi sabtu tu kat tanah perkuburan
sedih sangat tengok dia
yelahh..anak2 pergi dulu daripada dia
dulu arwah bibik ita, sekarang wak nan
hati ibu mana yang tak sedih kan?

macam tak sangka, dah seminggu arwah pergi meninggalkan kami semua.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman
Amin

pemergiannya ditangisi
dirinya akan selalu diingati
keramahannya akan dirindui
insyaAllah doa akan dititipkan selalu buatnya di sana..





Sunday, December 16, 2012

Alhamdulillah Ya Allah!

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Selasa lepas (11 Dis 2012) dapat results PSPM. Alhamdulillah,pointer lepas target aku. dan dapat teruskan pembelajaran di matriks untuk sem yang kedua. sebelum ambil result tu dah fikir macam2 dah. takut tak lulus. mana nak letak muka? mana nak bayar balik duit elaun? macam mana nak hadap muka kecewa mak abah lagi.. tapi nasib baik semua tu tak berlaku. bersyukur sangat-sangat :)

Aku call mak malam-malam. memang ikutkan nak bgtahu awal2 lepas dapat slip tapi bila fikir2 balik, time petang mak selalunya sebuk kat dapur masak untuk makan malam. nak mesej je bgtahu tak syok pulak. terus simpan je sampai malam. time aku bgtahu result dah keluar, mak terus tanya dapat 4 flat ke? mula-mula mcm sedih jugak lah kan sbb tak dapatkan 4 flat untuk mak abah tp dah belajar pun main-main. mananya nak dapat 4 flat tu? pastu aku bgtahu lah mak aku dapat 3.**. and mak cakap Alhamdulillah. dapat dengar lah suara mak macam bangga je.. (eh,ke tu perasaan aku je? :P) sebab mak tahu study kat matriks memang susah. jiran-jiran banyak cerita pasal anak-anak dia orang kan.. dari situ lah mak tahu sikit-sikit pasal matriks.

Then, aku pun cakap lah. 'kalau kat u, munie dah boleh dapat anugerah dekan mcm kakak.' mak cakap 'hah,kat sana takde ke?'. 'mana ada mak. mak edit je lah gambar kakak ambil anugerah dekan tu. tampal gambar munie. hahah' macam sedih pun ada jugak sbb aku memang teringin gila nak dapat anugerah dekan macam kakak. tp kena tunggu u lah jugak gamaknya. harap-harap kat sana nanti pointer pun tinggi-tinggi lah jugak. amin XD

Aku ingat nak call abah sekali. ye lah,nak berkongsi kegembiraan kan. tapi fikir-fikir balik. takpelah. abah mesti tengah sebuk sekarang. lagipun abah bukannya faham apa yang aku nak bgtahu nanti. alih-alih aku tak bgtahu langsung pun kat abah. memang rasa serba-salah. tapi itu memang keputusan yang terbaik pun.hihihi kalau korang kenal abah aku,mesti korang faham apa yang aku cuba sampaikan ;) tapi mintak-mintak lah mak ada bgtahu abah. kesian jugak kalau abah tak tahu apa-apa..

dapat pointer pspm yg lebih tinggi daripada ups hari tu mengajar aku erti sebenar 'GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA' dan jugak 'USAHA TANGGA KEJAYAAN' iye..memang betul aku tak gagal time ups hari tu. tapi bagi aku pointer ups hari tu tak berapa baik. sebab tu before pspm hari tu aku and roomates sekalian bertungkus lumus belajar. sebab masing-masing tahu diri sendiri pegang amanah keluarga untuk buat yang terbaik dan dapatkan keputusan yang membanggakan. (hehe. ayat cukup poyo ke tak? )

Jadi,untuk adik aku yg seorang dan adik-adik junior yang berorang-orang tu. korang kena ingat. yang penting dalam hidup ni D.U.I.T. Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal. Cikgu akak cakap kat akak time darjah lima tau benda ni. baik tak baik lah akak korang sorang ni sebab ingat pesan cikgu dia. hahah XD
selain itu,KEBERKATAN ibubapa membawa KEBERKATAN Allah. Jangan nak derhaka pulak kat mak ayah korang kalau nak rasa apa manisnya kejayaan tu. tau. tau. (:

okeyy, untuk dua periksa terakhir lepas ni kena buat betul-betul. nak dapat 4 flat kena usaha lebih sikit!
Chaiyok munie! Fighting! :D

untuk UPS II dan PSPM II :)


MakAbah sayang :)


untuk semua yang bergelar hamba Allah :)


*part 2 tu nanti-nanti lah aku sambung. not in the mood ;)

Assalamualaikum semua. :)




Sunday, December 2, 2012

Kenapa Aku Tak COUPLE? part 1

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.dah seminggu sem 2 bermula. Semakin membiasakan diri dgn keadaan di sini. :)
sekarang dah end of year 2012. InsyaAllah lagi 5 bulan kiteorang akan tamatkan study kat matriks ni then InsyAllah kalau ada rezeki boleh sambung degree! Mintak2 results PSPM nanti okey. Amin :D

okeyyy.berbalik kepada tajuk di atas
kenapa aku tak couple?
Alhamdullilah dah 18 tahun aku hidup
tp dalam 18 tahun tu memang aku tak pernah couple
kawan2 aku ramai yg tak percaya
sebab dorang ckp aku ada ramai peminat tp aku je yg memilih sangat (ni bkn pasal nak menunjuk ke apa tp menda ni ada kaitan dgn apa yg aku akan ceritakan kat bawah)

First crush yg aku ada time tadika. gila tak gila aku ada crush time baru nak belajar kenal huruf?? haha
tp budak ni memang CUTE gila nak mati. pasal dia lah bermulanya jenis lelaki idaman aku mesti kena jambu je semua.padahal diri sendiri pun tak cute mana XD

then,kat tadika ni ada lagi satu cerita yg membuatkan aku tak percaya kat lelaki. Pasal sorang budak ni je (ni budak lelaki lain) kepercayaan aku kat lelaki hilang. Aku jd benci kat lelaki. Aku jd takut nak rapat kat lelaki. Aku memang sakit hati bila tgk dia. AKU TRAUMA. Tp sampai habis sekolah aku masih kena hadap dia. Memang  sakit hati,takut,menyampah bila pandang muka dia. Mungkin dia lupa apa yg dia pernah buat kat aku, tp aku sampai mati pun takkan pernah lupakan apa dia dah buat kat aku.

masa darjah tiga pulak, aku suka kat kawan aku yg sama kelas dgn aku sejak tadika. ni memang suci punya perasaan lah! hahah. time tgh innocent lagi kan. couple pun tak pernah tahu apa maksudnya. bagi aku time tu dia lah hero aku, sebab dia pernah selamatkan aku daripada kena pukul dgn cikgu. benda kecik tp bg aku sgt bermakna :)
And aku pun tahu time tu dia suka aku sbb aku tahu dari kawan2 dia yg jugak kawan2 aku (almaklumlah..kelas sama kan.) :D

lepas tu,masuk darjah 4 kiteorang terpisah sbb time tu sekolah tukar sistem susunan budak. dalam setiap kelas ada semua level. drpd yg pandai kepada yg kurang pandai. konon2nya sistem ni dpt membantu students yg kurang pandai bergaul dgn students yg pandai gitu. tp sistem ni berjalan setahun je sbb cikgu2 susah nak teruskan sesi pembelajaran sbb bila satu2 tajuk dah habis, dorang tak boleh go on sbb budak2 tu tak faham (oh okeyy,kenapa aku cerita pasal benda ni pulak? -,-')

dalam masa setahun tu aku memang rasa akward gila bila bertembung dgn dia time ronda2 sekolah (saya pengawas dari darjah tiga!heheh)
aku ni pulak jenis bila dah suka seseorang, semua jd kaku bila berdepan dgn org tu
memang rasa lain sangat sebab sebelum ni kiteorang memang boleh cerita macam-macam, bergelak ketawa hooha-hooha tanpa segan silu
bayangkan lah apa rasanya bila korang dalam situasi aku
memang sekarang aku rasa menyesal sangat buat macam tu dulu
sampai kesudahnya aku langsung tak bercakap dgn dia dlm erti kata bercakap yg sebenar-benarnya
MENYESAL SANGAT-SANGAT :(

darjah lima pulak datang lagi seorang hero malaya.
yang ni pun aku tak tahu lah kenapa dia sangkut kat aku
semuanya bermula dari dalam library.
time ni aku memang buat lawak paling bodoh yg memalukan dpn dia (macam over lah pula bunyinya)
aku ingat lagi. time tu aku dgn kawan aku. dlm library.
duduk dpn dia. dgn kawan dia. pegang satu buku. cover dia gambar orang utan.
kiteorang tgh cerita pasal something. tiba2 aku rasa aku nak kenakan kawan dia.
aku ckp kat kawan dia. 'ni saudara kau eh?' ~sambil tunjuk kat cover buku tu
tp time tu kawan dia tak perasan terus dia angguk. then kiteorang bantai gelak lah kan
gila yang gila punya gelak. tp time tu aku perasan dia pandang aku semacam. aku buat tak kesah je sbb yelah kan apa masalahnya dia nak pandang aku

oleh sbb bengang punya pasal, kawan dia pun bongkarkan kat aku yg si dia suka kat aku. kawan aku pun iya kan aje. kawan aku pun dah lama tahu sebenarnya!
time tu aku dah rasa nak pengsan! Tolonglah Ya Allah. jgn tambah lagi sorang. benda jadi makin complicated sbb aku masih suka kan yang lama tu. sbb kami bertiga satu kelas. sbb kami bertiga pengawas. sbb aku memang bengong bab-bab hati ni. sbb aku memang jenis setia, bila aku suka seseorang tu aku memang takkan pandang lelaki lain. sbb aku taknak sakitkan hati dua-dua lelaki tu. terus aku berubah jd orang lain. aku jd pendiam. aku jd kera sumbang. aku tak nak geng dgn lelaki dah. sbb apa? sbb aku taknak ada lelaki lain yg sangkut kat aku. aku jd lebih berhati-hati kalau buat sesuatu dalam kelas.TERLALU BERHATI-HATI. sbb apa? sbb aku tahu, ada 2 pasang mata yg memerhatikan aku. aku jadi orang yg terlalu mengcoverkan diri. cover cun. cover comel. cover ayu.
aku mengubah diri aku jadi seorang yang penyegan. pemalu. sbb apa? sbb aku taknak dorang nampak kelemahan aku. kekurangan aku. sungguh aku hidup dalam kepura-puraan (hahaha..dah keluar dah ayat novel)

masuk darjah 6, aku dapat tahu lelaki pertama akan pindah. memang sedih. memang frust. pelik. sbb kiteorang takde apa kaitan. takde apa hubungan selain kawan. tp aku ingat lagi,aku menangis gila2 time tu. sedih yang teramat. sbb aku tahu kiteorang mungkin takkan dapat jumpa lagi. mungkin sampai bila2 takkan pernah dapat berjumpa lagi. aku jadi bertambah pendiam. dgn semua dah tahu pasal kiteorang bertiga. dgn aku nak jaga hati dua orang lelaki lagi. aku jd konfius. pelik kan? sekarang ni bila fikir-fikir balik aku rasa bengap sangat. kenapa nak kena amek serius benda tu waktu darjah enam? sedangkan UPSR pun time tu tak lepas lagi. tapi ye lah kan, time tu ikut nafsu nak menginjak ke alam remaja lah kut. hahah

aku still ingat kawan aku sorang pernah cakap kat aku. aku tanya dia apa yang aku patut buat nak settlekan masalah ni. aku tanya dia sbb dia lelaki. aku nak tahu apa pandangan lelaki pasal hal ni. dan dia cakap 'lelaki ni suka kat perempuan yg dia susah nak dapat, yang suka jual mahal'. dan aku ingat lagi time tu aku cakap kat dia 'kalau macam tu, aku taknak jual mahal dah lah. aku amek je salah seorang tu' tapi tahu tak apa aku buat? takda apa-apa. nothing. aku biarkan hubungan kami bertiga jadi akward sampai kiteorang habis sekolah rendah. sbb aku taknak ada satu drpd tiga hati yg sakit. aku terlalu nak menjaga hati semua orang. itulah aku. aku sendiri yang rosakkan hubungan aku dengan dorang berdua.

akan bersambung...

*ni baru masuk cerita sekolah rendah, lain kali aku sambung part sekolah menengah pulak. then sbb apa sebenarnya aku tak couple. heheh dah mengantuk dah. dah pukul tiga dah pun sekarang. su dgn syida dah tido. tinggal ishu dgn syu tgh layan running man dgn aku yg tgh hapdet blog ni :P

*jgn cakap aku tiru ama. aku tak tiru ama. aku memang dah lama nak luahkan benda ni sbb aku dah tak larat nak simpan. aku nak orang tahu kenapa aku buat semua ni. cuma secara kebetulan ama pun ada buat luahan perasaan dia. so sorry ama :)

akhir kata ;
so true :)

and i know how it felt when you dont tell the truth about your feelings :(
you better tell them before it is too late to do so..

selamat malam eh selamat pagi. Assalamualaikum :)





Saturday, September 8, 2012

Experiments!

Assalamualaikum. :)


After about a month without practical classes n experiments, minggu ni kiteorang mulakan balik experiment.
aku rasa en experiment for this week and so on,gonna be more relaxing. sangat enjoy buat benda2 tu
takdelah macam sebelum ni di mana aku akan melarikan diri drpd buat mendaalah semua tu (aku benci buat eksperimen sebenarnya) hahah. thanks to mai yg selalu je semangat buat exp melayan karenah aku XD

minggu ni exp chem buat menda alah molecules semua tu.

ni basic molecular shape ye adik2

ini H2O :) (lecturer yg tlg buatkan)

BH3

CH4

sebenarnya ada byk lagi molecules tau tp aku tak buat pun sbb MALAS.haha
susah jugak jadi aku ni,asyik malas je kan?
bak kata mak,dah nama start huruf M.. tu lah jadinya.
haihhh mak,sape yg bg nama kat murnie?mak dgn abah jgk kan...? XP

then,d next day, hari selasa, masuk lab bio pulak.
hari ni buat exp dara. eh silap, DARAH.
hadoiii,aku muka dah pucat awal2 dah sebab aku ni jenis tak tahan bau darah ni tau
korang tahu2 je lah,darah dah lah bau dia meloyakan. memang tak kena lah dgn jiwa aku
macam mana lah nak jadi doktor kan?

nak tunggu turn aku cucuk jari pulak lama, lagilah jantung aku dupdap dupdap je.
ye lah en,lancing device ada satu je kat group kiteorang.
then,dah turn aku je aku suruh mai yang cucuk kan.(hai murnie,jarum pun kau takut jgk ke? -.-')
menggigil tangan gua beb!
blm pun mai cucuk menda alah tu kat jari aku, aku dah menjerit awal2. hahah tersa kesengalan diri di sini ye

macam ni lah gayanya mai menyucuk jari aku :(

ni namanya lancing device
tp kiteorang guna warna biru
chantekkk :)

ini lah dia lancet yg telah menyucuk jari aku. :(
tak sakit mana pun sebenarnya hahaha

and then,here d results!

setelah dipicit,ditekan dan ditenyeh, byk jgklah darah aku keluar.
kawan2 aku excited je tgk darah aku keluar pekat semacam
si a : murnie,byknya darah,pekat pulak tu
si b : murnie,kau tak minum pape ke hari ni? (oh,aku puasa.tak sahur) ohhh.patutlah darah kau pekat semacam (ada kaitan ke?)
si c : murnie,kau byk makan daging semua tu eh. pekat kut darah kauu.

wow!nampak tak keexcitedan dorang tu?
aku pulak dgn rasa cuaknya bertanya. 'kenapa?tak boleh ke ada darah pekat mcm ni? tak elok ke? aku sakit ke? aku abnormal ke?' 
then,ada kawan aku dtg menyedapkan hati. 'takdelah,elok je..takde masalah pun. chill lah'

DARAH AKU O +VE!

sejujurnya aku tak pernah tahu darah aku jenis apa.
so,bila buat exp ni agak membantu jugak lah.
at least aku menambah lagi satu pengetahuan tentang diri aku.
rupa2nya aku ni golongan2 PEMURAH.
ye lah kan, O blood group kan universal donor. hahaha
teruja pulak rasanya nak menderma darah lepas ni. wootwoot XD

<3 i="i">
google-ing and found this!
dunno whether its true or not :)




Friday, September 7, 2012

Syoknya Beraya :)

Assalamualaikum :)
Haiiii.dah hampir sebulan aku tak update blog.
rindu sebenarnya tp malas nak mengayat.hahah

byk nak diceritakan, tp bila dah menghadap lappy,semua hilang. 
mcm sengal tak? 

hmmmm..firstly, cerita pasal 'KMJ Kesygn' ni lah
setelah dua miggu cuti raya, bila masuk balik kmj memang rasa down giler.
pastu lepas semiggu kat sini dpt pulak cuti merdeka.
memang syok lah hidup asyik dpt balik rumah je kan? ;)
minggu dpn pulak dpt cuti hari malaysia. 
memang TERBAEKKK!

yang syoknya time balik minggu lepas tu aku tak bgtahu mak pun aku nak balik
ingatkan nak buat surprise ketuk pintu rumah je tp kawan aku yg sepatutnya amek aku tak jd pulak
dah sampai wangsa walk, terpaksalah aku menge'call' kakak aku. nasib baik lah dia ada kat rumah
so,bila kakak aku dah amek, bermulalah aktiviti  menghabiskan duit kat giant selepas itu.
before tu 50 hengget dah habes beli novel.
haihhh,duk kl memang tak penah cukup duit kan? :(

then,sampai je rumah, mak aku dah tersengih-sengih kat depan pintu
dalam hati aku dah ckp 'hadoiii,kena bahan lah ni...'
mak : suprise konoooooon, ckp je lah takut nak bgtahu nak balik,takut kena marah lah tu...
aku : mana ada..ingatkan nak ketuk pintu je tp plan tak jd pulak.nak buat mcmane...?
mak : yelah tuuu.ni kang nak balik mcmane ni? jalan kaki...?
aku : (dgn muka sedih) haaah.memang jalan kaki punng
mak  : elleh.ingatkan nak pecaya ke? balik macamane?
aku : yelah mak.naik bas lah.dah beli tiket dah. tahuu mak taknak hantar :((

lepas solat jumaat,abg2 aku pulak membahankan aku.
hadoiii memang pedih lah telinga mendengarnya
tp tahan je lahhh

the next day,kiteorang jalan2 pegi beraya rumah cikgu2.
plan nak pegi beraya rumah cikgu2 time form 5 tp ramai pulak cikgu yg ada hal.
so, kiteorang tangkap muat je lah call mana2 cikgu yg ada kat keramat tu.
untung2 rezeki dpt jgk lah duit raya hari tu. 
macm kanak2 ribena dah rasanya. hahahaha

first pegi rumah mummy (Aizureen), pastu rumah puan akmal,then puan baheyah,puan hamidah and lastly rumah puan zainab.
cikgu2 masak semua sedap. dalam call cikgu tangkap muat,kenyang jgk kiteorang melantak hari tu
sampai keras lah perut rasanya.hahah

bila dah salam2 nak balik tu Puan Akmal ada ckp.. 'dulu2 korang beraya jalan kaki,pastu mak hantar,pastu naek moto,naek teksi tp skrg ni dah ada yg drive kereta. dah besar dah korang ni'
hadoii ayat cekgu ni menusuk ke lubuk hati aku yg paling dlm kut.. sobsob cikgu,jgn lah mcm ni 
kiteorang akan kekal kecik utk cikgu.okeyy ? :)) 






 gambar kat rumah puan akmal
credits to puan akmal :)

rasanya ada byk lagi gambar aizureen amek tp dia tak upload lagi. so kena tunggu dia lah ye nampaknye
dan InsyaAllah cuti hari Malaysia nanti nak beraya rumah cikgu2 yg lain pulak.
hope ada rezeki dan kesempatan nak jumpa cikgu.
rindu sangat2 kat cikgu sekolah sebenarnya.
lepas tu ingat nak berkonvoi pegi beraya rumah cikgu time sekolah rendah pulak.
apa khabar agak2nya cikgu2 semua ye?
moga2 semuanya sihat selalu dan berada dlm lindungan Allah dari bala bencana yg ditakdirkan. Amin :D

To all my teachers, i love u very much. only Allah can repay everything you have done for us. thank you <3 p="p">










Wednesday, June 27, 2012

Sebulan di KMJ

Asslamualaikum :)

hari ni 27 Jun 2012, genap sebulan aku kat KMJ ni. dan sebulan jgk lah aku meng'homesick'kan diri. hahaha
biler penat je, tak pun time stress memang aku akan menangis sbb rindu suasana rumah. and mak abah jugak. dalam sebulan ni pun, aku langsung tak blh dgr org cerita pasal mak abah,kalau tak,gerenti air mata meleleh punya. hahaha :))
gambar ni lah yang saya akan tgk bila saya rindu mak abah saya. dah jd wallpaper fon tau :)

Memang penat duk sini. rutin harian pun berulang-ulang. bgn pagi,pegi kelas, balik, basuh baju, sangkut baju kat ampaian, mlm tido pukul 12 ke atas. kadang2 je dpt tido dlm pukul 11 mcm tu. sabtu ahad je lah aku dapat merasa tido lama sikit. jadual pulak memang pack giler. kelas dari pagi smpai pukul 5 ptg. gap pun 1 jam je. paling lama 2 jam. tp jadual kelas aku terbaek sikit lah sbb rabu dgn khamis habis pukul 3.jumaat habis pukul 11 pagi :) untung tak?untung tak? untung kaaaan?

duduk dlm dewan kuliah memang terbaek lah. dah lah sejuk,kalau mengantuk memang time lecture tu jgk lah aku menidurkan diri. hadoii.. byk jugak lah kuliah yg tertinggal. tah biler tah lah nak mengcover balik :(
aku tak suka buat report lab.sgt panjang dan byk songeh. hahah tp apakan daya ku selain merungut? buat je lahh walaupun hati tidak ikhlass :P

roomates aku pun sangatlah okeyy.blh get along dgn aku and the gang.haha
memang syok lah dgn dorang.perangai semua nak menggila je lagi2 bila ada syuhada. 
memang tak boleh blah

classmates aku pun sangat lah okeyy. walaupun kiteorang ni kelas yg baru diwujudkan tp kiteorang senang mencipta keserasian.cewahh ayat. tp okeylah. kelas ni takde lah majoritinya orang johor mcm kelas aku yg lama. yang ni berbilang negeri sikit lahhh. 

kat sini memang jarang lah kiteorng tgk tv. tv memang ada,tp nak menghidupkan tv tu yang malas tu.haha yg paling terbaeknya kat sini ramai yang menghilangkan tekanan dgn melayan running man.sana sini lah aku mendengar org bercerita pasal running man. terbaikk kan? ;)



















gamba-gamba di atas adalah signboard dan banner yg ada kat KMJ.tu pun sikit je sbb aku tak habis lagi meronda kolej ni. and byk yg aku nampak tp segan nak capture sbb rasa mcm jakun je kalau tetiba mengambil gamba signboard KMJ. hahaha

sekarang ni aku rajin mencari ayat2 yang memotivasikan aku. kebanyakannya aku copy paste dari fb. sgt mendalam maksud ayat2 ni bila kita faham betul2 :)


menuntut ilmu itu fardu kifayah. menuntut ilmu itu ibadah :)
harap2 aku akan dapat menstabilkan emosi aku lepas ni. penat kut kalau hari2 nak menangis. kadang2 sampai sakit kepala dibuatnya. aku nak blaja betul2 and cuba yg terbaek utk dpt 4 rata. insya-Allah. doakan yang terbaek utk aku dan kwn2 di sini. aku nak sambung blaja ke overseas, aku nak buktikan kat mak yang kalau orang laen blh ke overseas aku pun boleh jgk. Insya-Allah :)

sudah cukup sudah.cukup sampai di sini sajaaa. hahah tetiba menyanyi pulak. pengaruh nirwana ni kuat betul lahh. sampai di sini saja lah post saya kali ini ye. berjumpa lagi laen kali yerr :D
Assalamualaikum dan selamat malam



Sunday, June 24, 2012

SINNS da best ^_^

Assalamualaikum. :)

dah lama kan aku tak update blog?rasa rinduuu giler! hee~
kali ni aku nak cerita pasal member2 aku yg paling disayangi <3
kiteorg dah kenal since sekolah agama sebenarnya tp tak rapat langsung time tu.kenal2 gitu je
lagipun dulu aku ni ada perasaan anti dak2 melawati sikit.haha
then biler dah masuk sekolah menengah pastu sama kelas pulak,kiteorg pun mulalah merapatkan diri masing2- geli je ayat XD
kiteorg siap ada nama grup lagi tau.ahaha bajet COOL lah kononnya ada grup ni kann
tapi kiteorg memang COOL punnn :P

okeyy,mari aku perkenalkan korg dgn dorang ikut pangkat dlm grup ni :D

the first one,
nur syahirah binti mohd azmi :)

yang ni paling tua dalam grup.pangkat dia NENEK. hehe
dia ada byk ayat2 best yg dia reka.semua kelakar pulak tuu
yg paling suka gelakkan dia, ipah lah.
dia ni wujud kat sekolah time kiteorg form 2 kut (tak silap aku lah)
mula2 tu dia pendiam giler tp sekarang dah KEREK dah. ahaha
budak ni masuk sekolah asrama kat nogori time form 4
kiteorg paling suka kacau dia sbb akhirnya dia akan ckp ABAIKAN LAH
dia tersgt lah putih.jadi kiteorg bg gelaran ALBINO kat dia. dia ni tah lah, mcm pelik pulak aku rasa. hahaha
dia still single and available.jd sesape yg nak berkenalan lebih lanjut dgn dia silalah cari dia di fb ye!
moga2 cepatlah kiteorang dpt ATUK. :)

the second one,
nadhirah binti muhd fithri :)

yang ni pulak kedua tua.pangkat dia KAK LONG hee~
dia yg paling hot dalam grup kiteorang (selain drpd aku lahh.hahah)
walaupun selalu tidur dalam kelas,tapi dia top scorer tau. 
dont play play aaa
dia je still setia dgn aku kat lembah. :(
dia suka merengek biler kiteorang ejek or kacau dia. 
dan mcm biasa,pembulinya masih ipah :)
dia still single but not available kut..hahah entah lah. tanya dia sendiri lah :P
mintak2 ada lah calon. nak jgk merasa ada BANG LONG (:

the third one,
syahira binti omar :)

yang ni pulak KAK CIK. dah kena sgt lah dgn nama panggilan dia ~ KECIK
hmmm..badan budak ni sgt2 lah kepeng. jauh beza lah dgn saiz badan aku. haha
dia dpt gelaran kecik tu drpd cikgu fauzi. dari form one sampailah sekarang,nama tu still kiteorang guna kat dia. 
budak ni anak bongsu,dia teringin sangat nak rasa ada adik so jadi lah dia kakak kpd ipah dlm grup ni :D
dia agak lesbo.hahaha suka jadi pakwe aku
dia pun pindah sekolah kat nogori time form 4.masuk mrsm serting ^^
selalu contact aku cerita hal2 skandal dia kat sanaaa.
dia ni pun hot jugak tauu.tak terkira lah berapa byk nama lelaki yg dia cerita kat aku :P
macam nad jugak,still single but not available.
byk calon dah beratur tunggu giliran kan kecik? :)) 


the last one, 
'iffah syahirah binti adli :)

paling bongsu dalam grup.dia ADIK kiteorang! (:
dia anak sulung dalam family dia so kiteorang kasi chance lah dia rasa jadi yg bongsu dlm grup ni
perangai budak ni giler2. minat otromen dgn spongebob
tak pecaye?usharr lah fb diaa. hahaha
pembuli dalam grup ni.kalau boleh,semua orang dia nak bahankan. 
tapi dia lah penyeri hidup kiteorang. hahah bangga tak ipah? aku puji kau ni.. XD
form 4 dia masuk mrsm alor gajah. pastu family dia pulak pindah ke bangi.

aku tak tahu lah kenapa aku post pasal korang.tp bg aku ni salah satu platform utk aku bgtahu the whole world yg korang member terbaik yang aku penah ada. yeahhh sometimes kita gaduh, tapi itu yang buat hubungan kita jdi lebih rapat sbb kita akan cuba memahami satu sama lain dgn lebih baik. Aku takkan lupa semua kenangan kita bersama. chewahhh. :)

gambar terakhir kita berlima sblm semua sambung blaja (:


aku sayang korang  <3
i love u
saranghae
mahal kita
wo ai ni
aishiteru

i wish all the best for all of us in this world and hereafter. BEST FRIENDS FOREVER TILL JANNAH. InsyaAllah :))




Buat SINNS : aku tahu post ni mungkin akan buat korang rasa geli.tapi ada aku kesah?hahah aku memang tak blh nak luahkan apa yang aku rasa secara berdepan. rasa AWKWARD sangat. jadi blogging is the best way lah aku rasa :))

ps:// next post aku nak story pasal KMJ.hahah tunggu jangan tak tunggu :P











Wednesday, April 25, 2012

mimpi yang pelik..

Assalamualaikum.. :)



aku tak tahu kenape
memang pelik sangat2
tapi best pun ada jugak rasanya XD

semalam aku mimpi
dalam mimpi tu aku dah jadi MAKKK!
anak aku kembar.
bukan kembar 2.bukan kembar tiga
tapi KEMBAR SEPULUH!
hahaha.sumpah kelakar

tak tahu lah macam mane blh terpesong jauh mimpi tu
padahal sebelum tidur,semua doa aku dah baca
pastu aku dah lah tgh nebes fikir pasal test jpj esk
dan dan lah pulak mimpi dah beranak
hahah

tapi dalam mimpi tu muka budak2 tu semua aku ingat.
semua comelll
badan dorang kecik2 je
ye lah en.dah kembar sepuluh

yang lagi pelik dalam mimpi tu 'SUAMI' aku tak muncul2 pun
aku dgn family aku je yang jaga budak2 tu
mesti 'SUAMI' aku tu hencem sebab anak2 kiteorang comel belaka :P
dalam mimpi tu aku rasa bahagia gila kutt
yelahh kann.budak2 comel,sapa yang tak suka?

apa2pun mintak2 tak jadi kenyataan
sampai sepuluh orang?
naya nak menjaganyaa nyahhh!

kalau macam ni okeyy lah en. kembar dua je  :)
(jangan pedulikan apa yg ayah dorang buat,fokuskan kat babies yg comel tu)



ps : esk kali ketiga jpj test.tak tahu nak rasa apa lagi dah.mintak2 lulus lah esk
     dah byk sgt masa terbuang. insya-Allah :)