Monday, October 3, 2011

Perlu ke?

salam. dah nak dekat setahun aku tak update blog. bkn tak nak update,cuma ada byk halangan dan rintangan yg mendatang.wahhh ayat.haha
tapi,malam ni tetiba mood aku ada pulak nak update page kesygn aku nie :)

sekarang ni ada byk masalah dlm kalangan kwn2 seangkatan aka kwn2 sekolah aku. aku tak tahu kenapa,tapi benda ni mcm bermusim pulak. lepas kes si A dgn si B selesai, si C dgn si D pulak bertekak. Apehal? tak blh ke hidup dlm suasana aman? tak sedar ke lagi beberapa bulan je kita akan duduk dlm satu sekolah, dlm satu kelas yg sama, dlm dewan yg sama? lepas ni belum tentu kita akan jumpa selalu mcm ni.

aku cakap psl ni pun sbb aku pun ada kes dgn beberapa budak, tp tak pyh sebut lah nama2 mereka semua tu kan?buat malu diri sendiri dan keluarga je. ahaha. cuma point skrg yg aku nak bgtau, benda kecik tak pyh lah nak besar2kan sampai nak bergaduh, tak bertegur sapa, bermasam muka segala. aku admit,aku tak suka nak buat mcm tu tapi perangai mereka terlalu lah poyo sampai buatkan aku annoyed sesgt. jadi,jalan penyelesaian terbaik - BUAT2 TAK KENAL DAN JANGAN LAYAN!

betul,aku rasa bersalah buat mcm tu. sbb kan kalau tak bertegur lebih 3 hari dikira berdosa tapi diulangi, diulangi semula, perangai mereka terlalu lah mengannoyingkan aku.

jadi,aku harap korang yg membaca perutusan diraja aku ni (berangan je.hahah) kalau ada problem dgn kawan2 korang,walaupun SIKIT jangan simpan dlm hati.LUAHKAN! itu yg terbaik.
kalau makin lama makin korang pendam benda tu,sampai satu masa korang tak tahan korang 'meletup' kang tak pasal2 bergaduh berperang pulak.tak pasal2 meletus perang dunia yg seterusnya. :P

aku cuma harap kes ni tak berlanjutan sampai ke tua lah mintak2nya. kang tetiba anak dia bercinta bagai nak rak dgn anak aku tapi terputus di tgh jalan. sebab apa?sebab mak bapak tak restu hubungan dorang. kenapa? sebab mak bapak musuh lama,sejak dari sekolah. tak ke naya budak-budak tu? (okey,apesal jauh sgt aku fikir?tulah..pengaruh tv byk sgt ;) haha)

jadi,dgn kerendahan hati dan kerendahan diri tentunya serta seikhlas hati, aku mintak maaf kat sesapa saja yang pernah rasa sakit hati,terasa hati dgn kata2 aku,perbuatan,perangai dan segala2nya,aku minta maaf banyak2. selamat hari raya eh silap raya dah habis. hihi selamat hari bermaafan. ;D

aku cuma nak ketenangan je before SPM ni.kalau serabut otak aku,aku takut results pun serabut juga nanti. so,i hope you all will pogive me. okey?
SELAMAT HARI SPM! haha