Tuesday, November 23, 2010

REUNION? harap-harap jadi lah..

Assalamualaikum :)

tahun ni dah kali keempat kiteorang plan nak buat reunion
tapi tak pernah nak menjadi..
mana taknye,aku je yg beria-ria call orang sana,msj orang sini
tahun ni,nazman pulak yang plan kan nak buat but still aku yg kena handle -,-
sihott punya nazman..haha

tahun ni okey sikit lah sebab ramai ada facebook..
senang nak story2 and discuss semua benda..
jimat sikit kredit aku.. :)

harap2 reunion ni jadi lah..
penat oh nak kumpul kan dieorang ni semua
ada je lah hal dieorang ni..
kalau tak dpt kumpulkan semua pun,at least setengah pun cukup lah kan?
betul tak?

ps:doakan semua berjalan lancar esk and ramai yang melibatkan diri dieorang dlm reunion kali ni..insyaAllah :)

Saturday, November 6, 2010

vroom..vroom..

Assalamualaikum.. :D

haha..sengal je tajuk
terpengaruh dengan Along Jr. lah ni.. X)

mula2 bawa kete ari isnin hari tu..
ingatkan mak main2 je.
pastu,dia berhentikan kete kat satu tempat kosong ni,dia suruh aku try bawa..
haha..coooll oh mak aku :)

mula2 bawa tu cuak lah sikit..
kaki dah menggigil dah..
ye lah,pegang stereng kete tu je aku dah bayang macam2..
mana taknya.haha
tapi memang excited giler la!

sekarang ni pun aku dah try bawa motor balik.
mak aku suruh power betul2 bawa motor baru boleh berangan nak bawa naza.
kete myvi kak lily dah ambil balik..
takpelah..atleast aku dapat try bawa kete tu 3 kali..
ila sekali je!haha :P

bawa motor pun aku dah okey sikit lah dari dulu..
aku dah try bawa jauh sikit dari rumah.
masalah aku cuma kat part nak pusing kan motor je
and aku rasa aku dah tahu punca masalah aku
ila berat sangat kat belakang!haha

aku rasa dulu aku dah okey dah bab pusing2 tu..
siap buat round2 kat depan umah..
tp bila ila naik je belakang aku,failed terus aku kat situ..
haha :P
gurau je yob!

tetiba aku rasa excited giler nak ambil lesen!
tak kesah lah motor ke kete
yang penting,senang aku nak keluar jalan2
tak payah susahkan mak aku nak hanta..heee~
and boleh juga selalu pegi dating! hahahaha

ps:kepada kakakku yg buat tuduhan tidak berasas atas rasa tidak puas hati sebab kiteorang dpt belaja bawa kete dulu,INSAFLAH!
pesanan tulus ikhlas drpd adikmu yag comel.hahaha


Friday, November 5, 2010

Kalaulahh...

Assalamualaikum.. :D

kalaulah 3 tahun lepas aku tak terfikir nak ambil borang permohonan jadi pengawas..
kalaulah aku tak terfikir nak jadi pengawas..
kalaulah cikgu tak pilih aku jadi pengawas..
kalaulah..
kalaulah..

tapi,benda dah jadi..
aku dah jadi pengawas..
aku dah jadi bendahari pengawas..
aku dah jadi PKP..
andd nextyear aku akan jadi TKP pula..

dan aku dah dapat rasa dah ramai yang benci aku..
well,kejayaan kah itu?
entah..
aku tak tahu n aku tak pasti
lepas ni mungkin akan wujudlah satu laman di FB
'ANTI NAZIERA MURNIE,PKP TERPOYO' XD

orang ingat jd naziera murnie suhaimi ni senang..
aku jadi pkp,aku handle kebanyakan hal2 pengawas.
bila budak2 pengawas ada problem,dorang lagi suka cari aku..
pernah korang tgk aku datang sekolah pagi2 bersenang lenang nak berborak?
jarang kan?

pagi2 aku dah dihadapkan dengan macam2 masalah.
korang tak tahu..
kadang2 aku penat sangat..
sebab tu bila aku masuk kelas,kadang2 aku moody.
aku penat..
tp korang tak pernah nak paham.

ckp macam2 pasal aku..
korang ckp itulah,inilah
korang ckp pemimpin sepatutnya mcm tu lah,mcm ni lah
meh aku nak tanya..

korang pernah jadi pemimpin dlm jangka masa 10 bulan?
for sure,kebanyakan korg tak pernah..
so,tak payah nak banyak cekadak nak bgtahu aku apa maksud pemimpin tu.
aku dah lali dgr maksud die sejak aku jadi pengawas darjah 4 dulu.

kalau korang hebat sangat,cubalah jd aku sebagai PKP utk satu hari.
SATU HARI je aku minta.
tengoklah kalau korang tahan ke tak dugaan dia..
jangan nak cakap lebat je lebih.
MENGERTI??!

mungkin aku juga kadang2 over..
dah tu,korang nak aku biarkan je korang pegang fon korang depan aku?
biarkan je korang langgar peraturan sekolah?
macam tu?

Bolehh..tapi kat Akhirat nanti korang boleh tolong jawabkan utk aku bila amanah dan tanggungjawab aku dipersoalkan?
Bolehh?
dah tentu tak kan?
so,jangan menggelabah sangat bila aku baru tegur sikit kesalahan korang.
FAHAM?

so,aku nak minta maaf kalau aku buat korang rasa bengang dan menyampah sepanjang aku jadi PKP n kawan korang tahun ni..
pengawas2 aku,aku harap korang sedar diri yang korang tu role model bg pelajar2 biasa..
aku cukup pantang bila pengawas yg sepatutnya ikut peraturan dan tunjukkan sikap kepimpinan buat masalah kat sekolah..
kalau korang dah fed up jadi pengawas,aku nasihatkan BERHENTI je lah..
takkan korang nak kena marah baru nak berubah?
tak rasa malu ke?

mcm aku bgtau hanisah n ama
bila pengawas dah buat salah,jangan harap lah murid2 nak betul..
sebab tu aku tak heran sangat bila murid2 biasa langgar peraturan
sebabnya aku tahu pengawas2 aku lagi ramai yang buat salah.

so,kalau aku ada buat salah,korang tegurlah.
aku pun manusia biasa,banyak buat salah dan silap sebab
yang baik hanya datang drpd Allah SWT


Wednesday, November 3, 2010

watdeeff!

Assalamualaikum :)

saje je tajuk bg gangster sikit.haha
td buat spotcheck.
mcm biase,semua lah kena check kan..
target utama kitaorg nak rampas fon n yg seangkatan dgnnya.
tp yg peliknya kat belah perempuan satu pun tak dpt!

bila dah keluar sek td,berlambak budak2 yg pegang fon..
persoalannya,mana dorg letak benda tu?
kat 'situ' ke?
takkan tak geli letak kat situ?
pelik kan?

entahla..org bila dah buat benda salah,mcm2 dia sanggup buat kan?
td ama bgtau,ada geng2 yg bila dgr cekgu ckp ada spotcheck,
kelam kabut cari tempat nak sorok fon dorg
aku tak faham btul lah dgn perangai dorg ni.

cubalah kalau dah buat salah tu mengaku je..
kan lagi senang?
kenapa suka nak menyusahkan hidup?
lagi satu,apa guna bawa fon pegi sek?
nak call parents bila ada kecemasan?

tak payah nak kelentong aku lah..
belum tentu fon korg yg mahal tu sentiasa ada kredit
aku tahu lah..
kita still pelajar sek..
tak ramai yg fon dorg sentiasa ada kredit.

baik ko bawa duit syiling,call parents korg bila2 korg nak.
korg tak langgar peraturan sekolah
andd takkan ada sesapa nak marah korang bila korg bwk even seguni pun duit syiling!

pastu,dah abes check sorg2 time dorg duduk,kitaorg check lagi sekali dlm lorong sbb cekgu tak puas hati tak ada barang rampasan..
tetiba,ada sorg hamba Allah ni menjerit,
'EK ELEH PENGAWAS,NAK KEREK PULAK'

what the EFF?!
weh,kalau ko berani sgt,sound lah kitaorg depan2!
tak payah ko nak kerek2 menjerit kat tempat duduk ko tu.
FAHAM?!!

kalo aku jumpa sapa yg menjerit tu tadi
memang aku anta kat budak form 3
suruh dorg sembelih sekali dgn ayam2 tadi
pastu panggang terus!



Tuesday, November 2, 2010

haiyaaaa

Assalamualaikum. :)

td dpt tgk markah sej.haishh.hancur beb!
walaupun a- tp entah lah..aku still rase tak puas.
aku expect sej dpt a tp bila dah dpt rendah dari target aku..
semangat aku dah hilang nak tgk paper2 lain..
yg target blh buat pun hampeh,mcmana dgn paper2 yg bg aku memang mcm tak ada harapan tu?
haihh..entahlah
Allah je lah yang Maha Mengetahui :)

salah aku jgk en,study last2 minute..
sapa suruh?
padan lah dgn muka aku kan? :(
apa2pun,kpd sesapa yg baca post aku nie..
aku minta korg doa2kan lah results paper2 lain tak teruk..
thank you! :D

andd aku mcm konfem giler yg aku tak blh dpt TOP 3 dah dlm batch.
arghhhhhhhh!mana lah NAZIERA MURNIE yg rajin study tu?
aku nak diri aku yg dulu!
aku rasa aku mcm dah jd org lain..
org yg jauh giler berbeza dgn aku yg sebenarnya..
bantulah aku,Ya Allah..