Thursday, December 30, 2010

Cayalah Harimau Malaya! :)




well,congrats lah buat pasukan bola sepak Malaysia kita sebab menang tahun ni..
aku tak lah minat bola sangat tapi sebab Malaysia yg lwn semalam,aku lah yg paling over menjerit bersorak depan tv dgn abang2 aku..haha
agak bengkek juga tgk players indonesia semalam.
macam nak maki2 pun ada!

tak silap aku Malaysia tunggu 14 tahun utk masuk final Piala Suzuki tu.
last masuk tahun 1996 tp kalah dgn Thailand.
akhirnya semalam dpt lah team bola Malaysia genggam piala yg berat tu! :)

tapi aku kagum gila lah dgn keeper Malaysia, Khairul Fahmi.
power gila ohh dia tangkap bola!
abang aku kata dia keeper terbaik yg Malaysia ada buat masa ni..
power lah tu kan? :D


Tuesday, November 23, 2010

REUNION? harap-harap jadi lah..

Assalamualaikum :)

tahun ni dah kali keempat kiteorang plan nak buat reunion
tapi tak pernah nak menjadi..
mana taknye,aku je yg beria-ria call orang sana,msj orang sini
tahun ni,nazman pulak yang plan kan nak buat but still aku yg kena handle -,-
sihott punya nazman..haha

tahun ni okey sikit lah sebab ramai ada facebook..
senang nak story2 and discuss semua benda..
jimat sikit kredit aku.. :)

harap2 reunion ni jadi lah..
penat oh nak kumpul kan dieorang ni semua
ada je lah hal dieorang ni..
kalau tak dpt kumpulkan semua pun,at least setengah pun cukup lah kan?
betul tak?

ps:doakan semua berjalan lancar esk and ramai yang melibatkan diri dieorang dlm reunion kali ni..insyaAllah :)

Saturday, November 6, 2010

vroom..vroom..

Assalamualaikum.. :D

haha..sengal je tajuk
terpengaruh dengan Along Jr. lah ni.. X)

mula2 bawa kete ari isnin hari tu..
ingatkan mak main2 je.
pastu,dia berhentikan kete kat satu tempat kosong ni,dia suruh aku try bawa..
haha..coooll oh mak aku :)

mula2 bawa tu cuak lah sikit..
kaki dah menggigil dah..
ye lah,pegang stereng kete tu je aku dah bayang macam2..
mana taknya.haha
tapi memang excited giler la!

sekarang ni pun aku dah try bawa motor balik.
mak aku suruh power betul2 bawa motor baru boleh berangan nak bawa naza.
kete myvi kak lily dah ambil balik..
takpelah..atleast aku dapat try bawa kete tu 3 kali..
ila sekali je!haha :P

bawa motor pun aku dah okey sikit lah dari dulu..
aku dah try bawa jauh sikit dari rumah.
masalah aku cuma kat part nak pusing kan motor je
and aku rasa aku dah tahu punca masalah aku
ila berat sangat kat belakang!haha

aku rasa dulu aku dah okey dah bab pusing2 tu..
siap buat round2 kat depan umah..
tp bila ila naik je belakang aku,failed terus aku kat situ..
haha :P
gurau je yob!

tetiba aku rasa excited giler nak ambil lesen!
tak kesah lah motor ke kete
yang penting,senang aku nak keluar jalan2
tak payah susahkan mak aku nak hanta..heee~
and boleh juga selalu pegi dating! hahahaha

ps:kepada kakakku yg buat tuduhan tidak berasas atas rasa tidak puas hati sebab kiteorang dpt belaja bawa kete dulu,INSAFLAH!
pesanan tulus ikhlas drpd adikmu yag comel.hahaha


Friday, November 5, 2010

Kalaulahh...

Assalamualaikum.. :D

kalaulah 3 tahun lepas aku tak terfikir nak ambil borang permohonan jadi pengawas..
kalaulah aku tak terfikir nak jadi pengawas..
kalaulah cikgu tak pilih aku jadi pengawas..
kalaulah..
kalaulah..

tapi,benda dah jadi..
aku dah jadi pengawas..
aku dah jadi bendahari pengawas..
aku dah jadi PKP..
andd nextyear aku akan jadi TKP pula..

dan aku dah dapat rasa dah ramai yang benci aku..
well,kejayaan kah itu?
entah..
aku tak tahu n aku tak pasti
lepas ni mungkin akan wujudlah satu laman di FB
'ANTI NAZIERA MURNIE,PKP TERPOYO' XD

orang ingat jd naziera murnie suhaimi ni senang..
aku jadi pkp,aku handle kebanyakan hal2 pengawas.
bila budak2 pengawas ada problem,dorang lagi suka cari aku..
pernah korang tgk aku datang sekolah pagi2 bersenang lenang nak berborak?
jarang kan?

pagi2 aku dah dihadapkan dengan macam2 masalah.
korang tak tahu..
kadang2 aku penat sangat..
sebab tu bila aku masuk kelas,kadang2 aku moody.
aku penat..
tp korang tak pernah nak paham.

ckp macam2 pasal aku..
korang ckp itulah,inilah
korang ckp pemimpin sepatutnya mcm tu lah,mcm ni lah
meh aku nak tanya..

korang pernah jadi pemimpin dlm jangka masa 10 bulan?
for sure,kebanyakan korg tak pernah..
so,tak payah nak banyak cekadak nak bgtahu aku apa maksud pemimpin tu.
aku dah lali dgr maksud die sejak aku jadi pengawas darjah 4 dulu.

kalau korang hebat sangat,cubalah jd aku sebagai PKP utk satu hari.
SATU HARI je aku minta.
tengoklah kalau korang tahan ke tak dugaan dia..
jangan nak cakap lebat je lebih.
MENGERTI??!

mungkin aku juga kadang2 over..
dah tu,korang nak aku biarkan je korang pegang fon korang depan aku?
biarkan je korang langgar peraturan sekolah?
macam tu?

Bolehh..tapi kat Akhirat nanti korang boleh tolong jawabkan utk aku bila amanah dan tanggungjawab aku dipersoalkan?
Bolehh?
dah tentu tak kan?
so,jangan menggelabah sangat bila aku baru tegur sikit kesalahan korang.
FAHAM?

so,aku nak minta maaf kalau aku buat korang rasa bengang dan menyampah sepanjang aku jadi PKP n kawan korang tahun ni..
pengawas2 aku,aku harap korang sedar diri yang korang tu role model bg pelajar2 biasa..
aku cukup pantang bila pengawas yg sepatutnya ikut peraturan dan tunjukkan sikap kepimpinan buat masalah kat sekolah..
kalau korang dah fed up jadi pengawas,aku nasihatkan BERHENTI je lah..
takkan korang nak kena marah baru nak berubah?
tak rasa malu ke?

mcm aku bgtau hanisah n ama
bila pengawas dah buat salah,jangan harap lah murid2 nak betul..
sebab tu aku tak heran sangat bila murid2 biasa langgar peraturan
sebabnya aku tahu pengawas2 aku lagi ramai yang buat salah.

so,kalau aku ada buat salah,korang tegurlah.
aku pun manusia biasa,banyak buat salah dan silap sebab
yang baik hanya datang drpd Allah SWT


Wednesday, November 3, 2010

watdeeff!

Assalamualaikum :)

saje je tajuk bg gangster sikit.haha
td buat spotcheck.
mcm biase,semua lah kena check kan..
target utama kitaorg nak rampas fon n yg seangkatan dgnnya.
tp yg peliknya kat belah perempuan satu pun tak dpt!

bila dah keluar sek td,berlambak budak2 yg pegang fon..
persoalannya,mana dorg letak benda tu?
kat 'situ' ke?
takkan tak geli letak kat situ?
pelik kan?

entahla..org bila dah buat benda salah,mcm2 dia sanggup buat kan?
td ama bgtau,ada geng2 yg bila dgr cekgu ckp ada spotcheck,
kelam kabut cari tempat nak sorok fon dorg
aku tak faham btul lah dgn perangai dorg ni.

cubalah kalau dah buat salah tu mengaku je..
kan lagi senang?
kenapa suka nak menyusahkan hidup?
lagi satu,apa guna bawa fon pegi sek?
nak call parents bila ada kecemasan?

tak payah nak kelentong aku lah..
belum tentu fon korg yg mahal tu sentiasa ada kredit
aku tahu lah..
kita still pelajar sek..
tak ramai yg fon dorg sentiasa ada kredit.

baik ko bawa duit syiling,call parents korg bila2 korg nak.
korg tak langgar peraturan sekolah
andd takkan ada sesapa nak marah korang bila korg bwk even seguni pun duit syiling!

pastu,dah abes check sorg2 time dorg duduk,kitaorg check lagi sekali dlm lorong sbb cekgu tak puas hati tak ada barang rampasan..
tetiba,ada sorg hamba Allah ni menjerit,
'EK ELEH PENGAWAS,NAK KEREK PULAK'

what the EFF?!
weh,kalau ko berani sgt,sound lah kitaorg depan2!
tak payah ko nak kerek2 menjerit kat tempat duduk ko tu.
FAHAM?!!

kalo aku jumpa sapa yg menjerit tu tadi
memang aku anta kat budak form 3
suruh dorg sembelih sekali dgn ayam2 tadi
pastu panggang terus!



Tuesday, November 2, 2010

haiyaaaa

Assalamualaikum. :)

td dpt tgk markah sej.haishh.hancur beb!
walaupun a- tp entah lah..aku still rase tak puas.
aku expect sej dpt a tp bila dah dpt rendah dari target aku..
semangat aku dah hilang nak tgk paper2 lain..
yg target blh buat pun hampeh,mcmana dgn paper2 yg bg aku memang mcm tak ada harapan tu?
haihh..entahlah
Allah je lah yang Maha Mengetahui :)

salah aku jgk en,study last2 minute..
sapa suruh?
padan lah dgn muka aku kan? :(
apa2pun,kpd sesapa yg baca post aku nie..
aku minta korg doa2kan lah results paper2 lain tak teruk..
thank you! :D

andd aku mcm konfem giler yg aku tak blh dpt TOP 3 dah dlm batch.
arghhhhhhhh!mana lah NAZIERA MURNIE yg rajin study tu?
aku nak diri aku yg dulu!
aku rasa aku mcm dah jd org lain..
org yg jauh giler berbeza dgn aku yg sebenarnya..
bantulah aku,Ya Allah..

Wednesday, October 13, 2010

post terakhir bulan ini :)

minggu ni dah mula exam utk dak2 tasawwur dan akaun..
makin tensyen jadi nya.
harap2 semua berjalan lancar.
semoga Allah permudahkan segala urusan kita utk 3 minggu akan dtg ni..
InsyaAllah.Amin!
XD

by the way..
gudluck!
semoga berjaya!
hwaiting!
chaiyok2!
:)

best of luck everybody!

Thursday, October 7, 2010

P E R I K S A ? ! ! !

haihhhh..baca tajuk je pun dah tensyen!
haha
seriously,aku penat dgn periksa2 semua..
tp kadang2 ada guna jgk periksa ni sebenarnya,kan?

agak ramai yang tanya aku, 'murnie,ko dah study?'
haisshhh..agak2nya apa aku jawab?
dah sah2 lah aku tak sentuh buku langsung,macam mana nak study?
aaarggggggggggggghhhhhhhhhhh!
tensyen btul! berserabut kepala hotak aku..

entah bila lah aku nak dapat mood study tu kan?
nextweek dah nak exam.
first paper,AKAUN!
ehem2.mcm mana nak jwb tu?
nampaknya kena lah mula buat latihan akaun dari sekarang.
selamat exam kali ni akaun dgn bio asing2..
kalau tak,lagi bahaya hidup aku. heee~

ok,stop dulu pasal exam..
cerita psl tuisyen aku pulak.
aku dah tak sabar dah nak berhenti tuisyen..
nak tahu sbb apa?

first,aku penat dah ulang alik rumah,sekolah,rumah,tuisyen,rumah..
ari2 mcm tu..ke sana ke mari.
kalau jln kaki,memang aku dah slim dah skrg ni..
tp aku naik kereta,so tak tercapai lah impian tu..haha XD

second,tuisyen mengganggu waktu tido dan study aku.

third,aku nak jauhkan diri aku dari dia.
aku tak nak tgk muka dia hari2.
blh angau aku..haishh

forth,aku tak nak membazir duit mak bapak aku.

dan byk lagi lah sbb2 die.
tp for sure,aku akan rindu kwn2 prestige aku! :)


Saturday, October 2, 2010

akaun

ishhh...akaun byk lagi tak siap
isnin kena hantar..
ink pulak dah nak habes!
tak ke sengal?

nasib baek 40 dokumen tu baru je siap..Alhamdulillah! :)
jap,korang ingat tu je ke keje budak2 akaun?
kalau korang fikir mcm tu korang silap besar lah weh!
belambak lagi keje akaun..tau tak?
buku tunai,jurnal,lejar dan lain2..haishhh
sume tu x buat lagi..

dah la kena buat guna microsoft excel..memang aku reti lah sebenarnya kan?
-.-'
aiyo..tolong lah doakan aku dpt siapkan keje ni dgn cepat..
lepas ni aku tak nak pikir psl akaun dah!haha :P

nad dah terfikir dah nak drop akaun..
aku pon tak tahu nak ckp mcm mane..
pokok pangkal kat hati kita jgk..
kalau dah tak berkenan dan tak boleh terima,tak kan nak paksa diri pulak kan?
so nad, aku nak ko fikir btul2..
takkan nak sia2 kan duit 9 bulan ko pegi tusyen akaun tu?

lepas ni, mesti ko join luqman amek tasawwur kan?
papepun gudluck lah utk ape2 pun yg ko akan amek lepas ni.. :)
andd luqman mesti bangga gler sbb dah berjaya 'hasut' ko amek tasawwur..haha
kan luqman,kan? XD

btw,sambung blk cite akaun td..
aku tgh cari jln penyelesaian nak buat benda alah tu sume kat excel..
zahidah dah bg tunjuk ajar tadi..
tp nampaknye aku still tak berjaya menguasai pembelajaran tersebut..haissh
bengang jgk cari jadual kan excel.
kang tak pasal2 je aku buat gne microsoft office biasa jer..

sebenarnya akaun ni tak susah mana pun..
aku ingat lagi mula2 aku bgtau aku nak amek akaun..
semua org tnya 'kenapa nak tambah lagi satu?dah power sgt ke?' ok,yg belakang tu aku tambah2 je..heee~

entah lah..aku pun tak pasti apa jwpnnya..
mgkin sbb anugerah PMR thn lepas tu kut..
aku mengaku dulu subjek plg aku benci KHB tp waktu tu aku belajar akaun maen2 je..
dah masuk form 3 baru aku fokus btul2..waktu tu lah minat aku datang
aku tak pernah pun terfikir nak amek sains tulen sebenarnya..
tp rezeki aku kat situ dan aku akan cuba pertahankan lah..InsyaAllah

ckp psl sains tulen..aku tak berapa suka subjek FIZIK!
subjek ni lah yg pecah kan rekod gred aku.
tak penah la dari darjah satu masuk ke tingkatan 3 aku dpt D,ttbe masuk form 4 amek fizik aku dpt d..mahu nya aku tak frust menonggeng?
mula lah terfikir nak drop je..
tapi kawan2 aku ckp 'ek elleh suka hati ko je..blh ke drop fizik?'
dan aku pun mula lah memikirkan persoalan tersebut..
BOLEH KE?

sekarang nie pon curi2 je post kat blog nie..
lepas ni kena print faz punya pulak..
papehal aku kena siap kan kad stok dulu.
takde pening2 jap gi..at least aku siapkan dulu yg mane aku tahu

lagi sekali,aku minta korang doakan aku dpt siapkan sblum isnin..
maknenye esk,ahad..haha

eh,kejap!
patut ke aku keluar esk?
ishh..akaun ni..aku nak beraya pun susah la!

p/s:jangan lah ikut perangai aku ni..dah tahu keje tak siap,blh pulak nak on9..
bak kata adek aku lah 'ko, kalo tak reti buat keje last minute..jgn buat.biar org pakar (sambil buat muka bangga dan menunjuk ke arah diri sendiri) je yg buat..'
ada ke patut dia kata aku tak reti buat keje last minute?tak patut langsung!
dia tak tahu ke yang aku memang suka buat keje2 mcm tu?haha

Friday, October 1, 2010

Oh PMR!!

bler tgk budak2 form 3 susun meja td,tibe2 aku teringat waktu nak amek PMR tahun lepas..
tangkap syahdu dan pilu weh! haha bangang
mcm tu lah kteorang thn lepas..ari Jumaat tak silap aku,kteorang dah susun meja.
meja sini anta sana,almari situ anta sana,kerusi sana angkat sini..
memang havoc gler lah!

well,memang lah berdebar tahap gaban before masuk dewan tu..
tp percaye lah,kalo korang dah ready awal2..tak terase sgt debaran tu sebenarnye..
(ckp mcm aku ready awal2 je..heee~)

ape yg aku nak cte skrg ni psl sepanjang PMR tu..
bak kate hanisah,pmr tahun lepas mcm heaven gler!
ape yg bestnye meja kteorg ade alas tau..alas kayu,cantik dan baru!diulangi,BARU! :P
aku tgk tahun ni mcm xde je..tp x tahu lah kalo meja2 kat dewan tu pulak.
kesian lah kat korang kalau xde benda alah tu..agak susah nak jawab dgn meja yg x rata walaupun kalau x silap aku die akan kasi something utk korg buat alas paper waktu jwb exam..selalunye mcm tu lah kan?

pastu,waktu pmr thn lepas tgh kecoh kes H1N1..
tiap pagi2 before masuk dewan kene cek suhu bdn n die bg hand sanitizer utk cegah kuman dan penyakit tu..
wah,memang best lah kan kteorg maen dgn hand sanitizer tu..
siap pkai penutup muke tu sume..
best gler wa ckp lu! XD

kadang2 bler ingat2 blk waktu amek pmr tu,ttbe rase sedih..
tak tau kenape..pmr bg aku sgt lah best walaupun sblm jwb paper bagai nak pecah segala organ dalaman korang disebabkan terlalu tension..
pmr adalah salah satu kenangan paling berharga dlm hidup aku.. :)

aku ingat lagi hari pertame pmr,paper BM..
aku menangis weh jwb paper tu!
mule lah aku fikir bkn2 lps tu..
'gerenti x dpt a punye nie'
'aduh,baru paper bm.yg len mcm mane pulak?'
'hasishh,nasiblah..'
bler dah fikir bkn2 tu,mule lah rase nak meraung je lps kuar dewan tu..
tp tak..waktu zohor tu aku buat solat hajat dan byk2 berdoa.
mudah-mudahan paper2 lepas nie x sesusah bm tadi..
rase tenang sgt bler jwb ketas agame ptg tu..Alhamdulillah (:
dan,utk pengetahuan korang,tu lah first time aku menangis time periksa.
tak sangka gler! haha

hari kedua-pagi2 mcm biase..
dpt kismis,cek suhu bdn,maen hand sanitizer.. ;)
ari nie paper bi dgn sains..
bi blh thn,x susah sgt mcm ketas bm
aku jwb yakin sikit lah paper tu.. :D
petang pulak paper sains..paper 1 blh thn susahnye,paper 2 bapak susah!
dan bermulalah peranan air mata aku di situ yer..haha
aku rase byk yg aku hentam kat paper 2..kali nie memang tak yakin langsung a tu dlm tgn lah. :(

hari ketiga-hari jumaat..
hari ni ade satu ketas je..GEOGRAFI!
feveret subjek wooo!haha
blh lah ckp feveret,tanda a,b,c,d je..cube kalau soklan subjektif?
tak ke niaya nak jwb? haha
hari jumaat ni aku TERbangun lambat..dan mak aku pon mule lah memainkan peranan nye seperti puan2 emak yg len..pagi2 aku dah kene syarahan percuma! haihhh..
bknnye ape,waktu tu fon aku si motorola tu hilang tah ke mane..tak dpt dikesan.
so,aku x de lah set alarm sume tu..dan terjadilah peristiwa malang itu.
aku cepat2 mandi,solat n gerak pegi sekolah..
x sempat sarapan pon..dah mula lah terfikir mcm mane nak jwb pekse kalo lapar?
dlm kete pon dah nak menangis sebenarnye..cuak gler!takut kalau2 budak2 dah masuk dewan
dlm hati,aku 'marah' mak sbb kejut aku lambat n bebelkan aku pagi2..
nasib baek paper start pkul 8 ari tu..waktu aku datang bebudak still kat tapak perhimpunan.
haisssshhh..SELAMAT!x lah lambat mane sebenarnye.. :)
pastu,pagi tu ade rezeki lebih..CEKGU FAUZI kasi aku satu plastik roti..
hai,cekgu..mcm tau2 je aku x sarapan pagi tu..tp x sempat pon nak mkn..
so,aku jwb paper geo tu dlm keadaan lapar dan marah!
bler ade soklan2 yg aku konfius nak jwb..mule lah aku nak menangis..
aku istighfar byk kali..mungkin Allah nak tunjuk kan kuasaNya..(see,waktu mcm2 nie pun Allah blh buktikan kekuasaanNya tau)
ye lah,ade ke patut aku 'marah' mak aku..die x slh pon sebenarnye
sori,emak! :D

hari keempat-isnin.
paper math and sejarah..
math,susah nak ckp..aku x sure sgt dgn subjek nie..
ye la..waktu trial pun dpt b.mcm mane nak dptkan a dlm pekse btul?
aku jwb sehabis baik yg aku blh..
sejarah,another feveret subjek!mcm geo,pilih je mane korang suke..a,b,c atau d
haha..senang kan? :P
ramai org kate,sej susah..well,memang lah..dah kalau ko x bce,memang lah ko kate mcm tu..
aku suke sej menengah bawah..sej malaysia.x lah sesusah sej menengah atas..sej dunia!
bygkan lah..kalau korg x suke membace.memang agak susah nak survive sebenanye.

hari terakhir-selasa
paper khb.aku amek perdagangan dan keusahawanan :)
blh lah soalan die..mcm soalan2 latihan yg cegu bg..
org kate,soalan2 khb pmr memang selalu ulang2 je..
so,maknenye cegu2 dah blh target topik2 mane yg selalu keluar peksa..
korang ikut je lah ckp cegu2 korang..

dan,hari rabu bermulalah hari 'kemerdekaan' kteorang! haha
enjoy gler lah..blh buat hal sendiri.ponteng o serong tu x pyh cerita lah..
memang selalu!haha.tp selalunye byk aktiviti yg cekgu dah susun.
aku suke maen congkak,badminton dan carrom..lawan dgn geng isasonafinamusu aku! X)
kwn2 aku cter,aktiviti paling best bler buat pizza dgn sembelih ayam..
malangnye,aku x pegi pun due2 aktiviti tu..so,x dpt lah kongsi dgn korang sume
aku duk umah menjaga budak kecik tu,Alia :)

dan dua bulan pon berlalu dgn cepat dan pantas..result pmr pon keluar
mule2 tu,aku memang ckp dgn mak aku..
'mak,x pyh lah amek result eh?'amek hari len je..blh kan?'
dan,mak aku dgn kereknye menjawab.. 'ye lah tu..entah2,pagi2 buta dah bgn x sbr nak tahu result'..haha
dan puan emak memang selalu betul..
aku lah yg plg excited pagi tu nak amek keputusan! XD

sampai2 sekolah,kwn2 aku sume kecoh..tanye itu ini
haihh..mcm lah aku tahu sume benda kat dunia nie kan.
pastu,sume kumpul masuk dewan..bler nmpk cegu Noraini pegang slip keputusan,lagilah berdebar..
waktu tu mak aku entah ke tah pulak menghilang..lagilah buat aku cuak!
bler cegu sebut name sorang2 yg dpt 8a,lagilah..x blh cite perasaan waktu tu weh!
sampai name nad,aku doa byk..minta2 lps ni aku yg akan naek pentas tu..
dan Alhamdulillah..Allah makbulkan doa aku.Alhamdulillah,ya Allah! :D

bler cegu sebut name aku,memang rase nak menangis.menangis bahagia org kata..
tak sia2 aku blaja siang mlm selama ni..korbankan raya aku..
lps turun pentas,aku pon cari mak,aku bg mak slip tu..
die cume senyum,x ckp ape..
waktu tu,tgk muke mak aku pon rasenye nak menangis..
mak aku lah penguat semangat aku selama ni..
susah senang sume aku cte kat die..
lulus gagal dlm pekse aku mengadu kat die..
dan die selalu akan ckp 'jgn risau,usaha lagi'
walaupun aku anak abah tp aku lagi rapat dgn emak sebenarnye..
abah busy,jarang ade kat rumah..jadi,emak lah tempat aku mengadu semuanye..
thanks,emak! saranghae :D

aku rase ni post aku paling panjang setakat ni.. :D
kepada junior2 aku..
best of luck aku ucapkan kat korang..
buat sehabis baik yg korang blh..
jgn hampakan harapan parents,keluarga,sekolah dan senior2 korang..
minta maaf dgn sume org kalau blh..mudah-mudahan Allah permudahkan urusan korang sepanjang PMR dan pintu kejayaan terbuka luas buat korang..Amin
perbanyakkan solat hajat,istighfar dan berdoa..dan lagi satu,bykkn bace surah al-insyirah (alam nasyrah).
semoga Allah terangi hati korang dgn NurNya.. :)
aku@kaklong ;) akan sentiasa doakan kejayaan korang!
Chaoyok2! Hwaiting! Goodluck! Semoga Berjaya!

p/s:bler tgk junior2 susun kerusi meja td,ttbe teringin nak amek pmr blk..haha
spm susah sgt lah rasenye ;P

aku sayang korang!

aku dah anggap die mcm adek aku..
well,memang lah adek beradek selalu bergaduh..
tp aku rase tak seronok bler bermasam muke dgn die..
tak mcm bler aku bergaduh dgn adek o kakak aku..
laen sgt rasenye..
sangat kecewa dan terluka sebenarnye..
tp die?
pernah die kesah ape aku rase?

TAPI tak pe..
aku akan cuba bersabar dan bertahan selagi aku termampu..
mungkin aku pun bersalah..
aku hanya manusia biasa yang punya byk kelemahan..
insan hina dina ciptaan Allah yang Maha Besar..

kawan2,aku sayang korang sgt2..
korang sentiasa dlm hati aku..
korang sentiasa dlm ingatan aku..
korang sentiasa dlm doa aku..
korang sentiasa dlm fikiran aku tak kira kat mane pun aku berada..

aku tak minta byk drpd korang..
hanya ingin disayangi..
hanya ingin dikasihi..

aku minta maaf kalau selama kte berkwn aku sakitkan hati korang..
aku marah korang..
aku pukul korang..
aku bergurau tak kena tempat..
aku buat korang kecik hati dgn benda2 yg aku terlepas ckp..
aku terlalu jujur kadang2..
aku tak nak kawan2 aku sesat jauh daripada landasan kehidupan sebenarnya..
aku tak tahu mcm mana nak nasihat korang..
kalau lah korang tahu apa yg aku cuba smpaikan..
kalau lah korang faham..
tapi tak,kadang2 korang marah aku bila aku tegur korang..
so,apa yg aku patut buat?
nasihat aku sebagai kawan korang tak diterima langsung..
yes,memang lah kite kena terima kwn2 kite seadanya..
tp tak salah kan kalau berubah ke arah kebaikan?
aku minta maaf kalo korang terasa dgn teguran aku selama ni..
mcm aku bgtau td,aku cuma manusia biasa ciptaan Allah yang Maha Besar..
Pencipta segala-galanya
Pencipta yang tiada bandinganNya

p/s:maaf lah kalau post kali nie terlebih emosional..tak tau lah kenapa. :)
mungkin faktor masa kut..skrg dah pkul 2.15am
dan mungkin kerana hati aku baru disakiti..entahla

p/s2:aku rindu kwn2 lama aku..harap korang masih ingat aku dan bahagia selalu
ada jodoh kte jumpe lagi

p/s3:maaf atas segala2nya..post ini hanyalah luahan hati aku je :)


Ya ALLAH..

Ya Allah..
kenape KAU duga hati aku ya Allah?
di sini kah kesudahannya ya Allah?
beginikah pengakhirannya?

Ya Allah..
andai ini suratan takdir yg telah Engkau tetapkan..
andai ini yang terbaik buatku..
andai ini memberi kebahagiaan kepadaku..
Kau tetapkan lah hati aku untuk menerimanya,ya Allah..
tabahkan lah hati aku Ya Allah..
redhai lah aku,YA RABBUL IZZATI.

Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..

Ampunkan dosa-dosa aku,ya Allah..
dosa2 yg tanpa sedar aku lakukan..
dosa2 yg tanpa sengaja aku lakukan..
dosa2 yg tanpa niat aku lakukan..

Ampunkan aku kerana menyakiti meraka,ya Allah..
mereka yg aku sayangi..
meraka yg aku kasihi..
mereka yg aku ingat selalu..
mereka yg sentiasa di hati aku..
ampuni lah aku,ya Allah!

Ampunkan aku kerana sering mempersoalkan takdirMu,ya Tuhanku..

Thursday, August 26, 2010

Dialog Iblis Dengan Rasulullah s.a.w. (copy n paste)

Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.


Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"


Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."


Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."


Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"


Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"


Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."


Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"


Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."


Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saiyidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saiyidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saiyidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.


Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"


Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"


Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"


Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"


Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"


Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"


Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"


Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"


Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "


ambil masa untuk baca dan fikirkan (copy n paste)

Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun.. Kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-)

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa? gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam…

Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

Saturday, August 21, 2010

aku jatuh cinta.. :)

Assalamualaikum..
cehh,tajuk jiwang2 je kan?sume kene tipu..haha
aku suke gler lagu ni..seriously menginsafkan!!
dengar dan hayati eh?LAYAN.... (:




aku bace kat youtube,org ckp lagu nie FAIZAL TAHIR yg tulis..
tp x tau lah btul ke x.Alhamdulillah lah kalo btul die yg tulis sbb lagu ni btul2 blh buat org insaf kalo org tu hayati btul2..

ps:weh syera,sori lah idea x byk lah pulak pepagi bute nie.. :))

Friday, August 13, 2010

Jumaat 130810

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa! :)

Alhamdulillah..ujian sekolah dah selesai n sekarang ni ujian berpuasa pulak.heee
hari nie dah masuk hari ke3 berpuasa..so far,xde mslh.ALHAMDULILLAH. xD
paper ujian pon dah dpt.addmath,bm dgn math..haih.sume markah menurun!
nasiblah kan..sape suh study last minute?padan lah dgn muke aku..haha
tp atleast sume A...dah kire bersyukur sgt lah tu.
aku just cuak dgn paper chemist,bio n fizik..gerenti hampeh..tp doa2kanlah x hampeh sgt eh?AMIN.
chemist lah yg aku study plg last minute...n oh x luper jgk paper sejarah.naseb ahhh..paper bi pon susah jgk..
mintak2 result yg len x teruk sgt lah kan.sbb ujian kali nie memang aku x semangat langsung nak study.jwb pon mcm org SELENGE je.haha
hari isnin nie nak amek paper akaun pulak..dah la masuk bab dokumen tu.bab yg plg susah aku rase buat mase nie..setakat nie aku suke akaun sbb CEGU SARA mengajar best n senang nak phm..ade jgk budak2 klas akaun suh aku tusyen dgn puan wan,tp tunggu2lah dulu.


Friday, August 6, 2010

Jumaat 060810

aku ingat nak post psl ketidakpuasan hati aku kat LELAKI ari nie..tp ttbe je rase malas nak on9 lame2..ari ni just nak bgtau maybe aku pegi negeri 9 esk.. :) lepas tu terus pegi melaka,tgk kakak
n nak pegi JOM HEBOH sekali!haha
mak aku semangat je nak pegi bler tgk iklan ari tuh..
aku ajak men2 je,tp die serius pulak nak pegi..kene lah ajak bpk aku skali cos mak aku x tau kat mane tempat jomheboh tu esk.
so,bpk aku kene cuti..heeee.xpe abah,skali sekala bercuti,ape slhnye kan? :))
TAPI masalahnye,minggu depan dah la ujian bulanan.satu kejadah pon aku x blaja lg..haihhh.rase mcm mls je nak study utk ujian kali nie.mcm x kesah je ape kesudahannye result aku nanti.tp x nak lah pulak aku mencacatkan keputusan2 aku thn nie..
emm..harap2 blh lah buat dgn baik n betul! mintak2 soklan x lah sesusah latihan dlm kelas kan?amin..
mau x panjang umur aku waktu jwb ujian tu nnti..haha

so,kepada kwn2,juniors and seniors,GUDLUCK n DO UR BEST lah utk ujian ni..
semoga kite berjaye hadapinye dgn tenang!amin :)
x luper jgk doakan aku n family pegi dan blk dgn selamat.semoga perjlnnn kami berjln lancar xD
INSYAALLAH

Friday, July 30, 2010

Jumaat 300710

emm..ari nie ade ceramah ustaz dr Madinah kalo x silap aku..
aku punye lah semangat nak dengar..
ye lah kan..penceramah dr luar negara dtg SMKLK
bknnye senang ooo..
tp yg bengangnye ape objektif utama ceramah tu aku x dpt langsung..
mane x nye..adelah perempuan2 yg x reti langsung nak duduk diam..
asyik BERCAKAP je..haihhhhh
aku lah yg kene ke hulu ke hilir suruh dorg diam..
langsung x blh fokus kat ceramah tu....
BENGANG gler rasenye..
memang lah bkn sume yg buat bising en
tp yg sebahagian yg buat bising tu lah yg menyakitkan hati aku
dah suh diam bnyk kali pon x reti2 nak diam jgk..
sape yg x sakit hati kan?
xtau lah pulak kan kalo korg x phm bahasa melayu yg aku gunekan tu..
nak aku ckp bahase ape pulak dgn korg kan?!
kalo x nak dgr pon ceramah tu..diam je lah kan..
appreciate lah org tu..dah lah die dtg dr jauh.
buta pulak tu..
penat2 die bg ceramah kat depan..
yg korg pon menyibuk jgk nak memenatkan diri berceramah kat belakang tu apahal?
aku rase lg elok kalo mate korg tu bg kat die..
biar PADAN MUKE korg..
baru tahu rase hidup dlm KEGELAPAN..
at least kalo bg die,die gune utk kebaikan..
korg?pikir2kan lah sendiri..
korg ingt korg dah HEBAT sgt ke?
BLAHHH LAAAA WEH...

haha..post ini utk sesiape yg terase die slalu memekak kat tapak perhimpunan je.
aku dah x tau nak buat ape lg dah kat korg..
moga2 HIDAYAH ALLAH sampai kat korg..
n korng INSAF lah lepas ni.
INSYAALLAH., :))

anddd aku akan ingt pesanan cegu fauzi n amalina ni
org yg membuat kebaikan atau perkara yg betul memang akan dibenci oleh mereka yg membuat keburukan tersebut (ayat lbh kurng lah.. ^_^)
lepas ni,LANTAK korg lah korg nak benci aku ke ape ke aku dah x kesah..
sbb aku cume jlnkan tugas aku n buat bende btul..
korg benci aku pon,aku PEDULI ape..?
bknnye aku x blh hidup kalo mcm tu..
haha..betul tak?

Monday, July 12, 2010

owhhh..sweet gler! :))


gheee..lepas dah lepaskan geram..
lyn pulak super junior
hilang semua rase marah!
haha
aduh,SIWON comel gler! :))
em..tak tak
SUMER comel!!!
haha
GEDIK jugak aku ni kdg kdg ;))

Hari yg Paling 'Best'

tajuk pon best kan?
mesti korg nak tau ape yg 'best'nye sgt hari ni kan?
x pyh lah tau..haha
biar lah budak2 klas aku je yg tau
tp..yg penting x psl2 je aku menangis dlm kelas td sbb die
arghhhhh!selenge je rase
well,selamat hari ni aku x puase
kalo x,membazir je pahala puase aku tuh
semue org nak cari psl dgn aku hari ni..
x ke SENGAL namenye?

aduhh,first time post blog dah nak maki org je rase..
ye ye je ingt x nak tmbah dose..
tp keadaan memakse..
nak buat mcm mane kan? haha

x pelah..
buat mase ni sabar je lah dulu
ari nie ari die (walaupun ari ni ari isnin)
ari len ari aku pulak...
btul x?

lagi satu,esk kene buat public speaking..
nak ckp ape pon aku x tgk..
tah2 esk aku terpacak je kat dpn org
x keluar suare
haha
memalukan diri btul..
emmm...
xpe2..cube buat dulu
chaiyok2 murnie!
FIGTHING!

daripada lubuk hati : Naziera Murnie Suhaimi